Tun Mahathir
Tun Mahathir adalah pemimpin melayu ulung. Tun Mahathir pegangan agamanya kuat. Beliau kurang membicarakan hal-hal keagamaan kerana beliau bukan begitu mahir tentang ilmu agama tetapi tidak bererti beliau tiada ilmu agama. Pegangan agamanya begitu kuat. Beliau bersendirian semasa menjadi PM. Tiada sesiapa boleh membodek dan mengampu beliau untuk kepentingan diri sendiri. Beliau tidak mengamalkan rasuah. Beliau tidak menyalah gunakan kuasa nya. Hatta anak dan saudara-maranya juga gagal untuk mempengaruhi keputusannya. Beliau bersifat amanah.
Malangnya, pegawai-pegawai disekeliling beliau tidak sekuat beliau. Yang mencemarkan Barisan Pemerintahan beliau adalah barisan itu sendiri. Bukan beliau secara individu. Yang rasuah, yang menyalah guna kuasa adalah pegawai-pegawai yang beliau turunkan kuasa kepada mereka. Tun telah bersara, lihatlah barisan yang ditinggalkan beliau, yang sedang memerintah dewasa ini. Bacalah laman blog beliau (che det) yang beliau sendiri tegur tentang cerita rasuah parti beliau dahulu.
Sejak sebelum dari Tun bergiat politik, beliau memang dah begitu. Tetapi setelah bergiat dalam politik, beliau perlu mempunyai pasukan untuk berjaya. Beliau tidak boleh bersendirian dalam medan yang sudahpun memiliki team-team tertentu. Panjanglah ceritanya. Tetapi sesudah beliau berjaya di puncak, beliau kembali menjadi diri sendiri. Pastinya teamnya yang dahulu, yang berjuang untuk kepentingan diri merasakan beliau mengkhianati mereka. Tetapi dikalangan teamnya dahulu yang sememangnya berjuang untuk bangsa, agama dan negara merasa bangga dengan cara pemerintahan beliau yang tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.
Sebagai orang nombor satu negara untuk jangkamasa yang panjang, pelbagai cerita tentang Tun. Cerita tentang Tun adalah dari kaca mata orang yang bercerita tentangnya, bukannya Tun itu sendiri. Musuh politiknya mempunyai cerita mereka. Team yang kecewa pula mempunyai cerita mereka pula. Kaki ampu, bodek, yang menumpang nama dan kesenangan mempunyai cerita mereka tersendiri. Tak kurang juga yang mengagumi dan menghormati beliau mempunyai cerita mereka juga.
Tetapi bagi saya, Tun adalah individu yang jujur pada dirinya, negaranya, bangsanya dan agamanya. Cerita tentang anak-menantunya berbeza dari cerita pemerintah sekarang. Cerita kekayaan saudara-maranya hanya tinggal cerita yang entahkan betul, entahkan tidak berbanding dengan cerita kekayaan pemerintah sekarang. Cerita tentang perubahan negara sejak hari pertama beliau menjadi PM hingga hari terakhir beliau menjadi PM, tak perlu ditanya pada sesiapa rakyat Malaysia ni, hatta Mat Saleh kat England pun boleh cerita betapa pesatnya pembangunan.
Dia adalah individu yang mahu melakukan perubahan yang telah beliau buktikan. Beliau terpaksa menumpang team-team untuk berjaya. Beliau dikelilingi oleh pegawai-pegawai kaki ampu, berkepentingan peribadi. Tetapi beliau menjadi diri sendiri dan berjaya merealisasikan impian beliau sebagai PM yang berjaya, dan terbukti beliau telah membangunkan bangsa melayu dengan pembangunan.
Tetapi, Tun Mahathir, saya cuma mengagumi Tun tetapi bukan taksub kepada Tun. Sebab Tun juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya berbangga memiliki PM seperti Tun, sehingga ke hari ini, hanya Tun dan Tuan Guru Nik Aziz yang membuktikan kepada saya, anda berdua sahaja, yang bergelar pemimpin, sememangnya jujur serta membuktikannya secara terang-terangan.
Ahad, 15 Mac 2009
Langgan:
Catatan (Atom)