Rabu, 2 September 2009

SaLaM RaMaDHaN Al-MuBaRak

Kehadiran Ramadhan yang mulia ini, banyak lah benda-benda yang barakah terhidang di depan mata. Alhamdulillah. Dari berbuka dengan kurma, solat berjemaah, berterawikh, tazkirah, amal jariah, berzakat fitrah, bertadarus, qiamullail dan berbagai ibadah lagi.

Surau ditempat aku, mengamalkan 8 terawikh, 3 witir dan tazkirah ramadhan setiap hari. Alhamdulillah. Siaran Astro juga penuh dengan rancangan-rancangan berbentuk tazkirah. ArRayyan, Bahtera Perubahan dsbnya. TV9 juga dengan Muqaddimah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, tidak ketinggalan TV3 dan RTM.
Maha Suci Allah Yang Maha Adil, rebutlah peluang ini. Kata ustaz, Nabi Noh dan umatnya hidup selama 950 tahun lamanya. Berapa banyak pahala ibadah sebagai insan bertaqwa kepada Allah yang mereka bawa untuk dipersembah pada Allah. Kalau dikira cara kita lah, ibadat puasa sahaja (kalau di syariat pada mereka lah) dah 950 kali mereka sempat bawa. Maha Suci Allah Yang Maha Adil, rebutlah peluang ini. Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita dijanjikan dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Dalam Al Quran menyatakan asal kejadian manusia dari Nabi Adam. Hinggalah kepada Rasulullah s.a.w. Berkisar tentang bangsa Arab. Quraish, Yahudi dsbnya. Sebabnya bangsa-bangsa lain dimasa itu termasuklah USA, England, Russia, Melayu MALAYSIA, masih dalam kegelapan ataupun tinggal dalam gua lagi. Masyarakat Kristian pun mengiktiraf bangsa Arab ni. Nabi Isa misalnya, Nabi sebelum Rasulullah s.a.w. dari bangsa Yahudi. Mereka menerima baginda sebagai anak tuhan yang mereka sembah. Kenapa tidak dilantik dari bangsa eropah itu sendiri. Sebenarnya benar lah kalam Allah di dalam Al-Quran. Asal kejadian manusia dari Adam sehinggalah kita anak cucunya. Para Nabi dan Rasul adalah utusan Allah supaya kita kenal siapa kita.

Kita bukan pekerja kepada Allah. Setiap kerja perlu dibayar upah. Semua doa harus dimakbulkan. Kita hanyalah hamba Allah. Dia yang mencipta kita. Terpulanglah kepadaNya. Alhamdulillah, walaupun kita hamba ciptaanNya, Dia membiarkan kita bertindak sendiri dengan akal, iman, kitab dan Rasul yang diutusNya. Kalau kita mencipta sesuatu, pasti kita akan mengawalnya dari mula sampai selamanya.

Kata Ustaz, dosa manusia kerana tuntutan nafsunya, jika dia bertaubat, InsyaAllah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang nescaya diampunkan Allah. Tetapi dosa manusia kerana keangkuhan, keegoan dan kesombongan mereka, samalah seperti keangkuhan syaitan kepada Allah semasa disuruh tunduk kepada Adam.

Bahtera Perubahan di Astro Oasis dengan tajuk Permudahkan Penyampaian Islam amat menarik. Islam itu mudah. Rasulullah sebagai utusan Allah kepada semua manusia, samada pedagang, artis, petani, pemimpin dan semua umat manusia. Kepada bangsa Arab, Eropah, Melayu dan semua keturunan Adam a.s.

Janganlah pandang Islam itu mundur, miskin, tidak relevan dan segala yang negatif. Masalahnya bangsa itu yang mengcampur adukkan adat resam bangsa mereka bersama cara hidup Islam.
Jangan jadikan Islam agama yang dipandang hina. Jadilah umat Islam yang bertaqwa, kaya dan kuat dimuka bumi ini. Semoga menjadi tauladan pada hamba Allah yang sesat agar kembali ke jalan Allah.

Islam sebenarnya kaya, up to date, mulia, agama dari Allah tuhan yang Maha Pencipta dan merupakan agama untuk kesejahteraan manusia dimuka bumi ini. Islam bukan sahaja agama untuk dunia semata mahupun akhirat semata-mata. Ianya untuk dunia dan akhirat yang kekal abadi. Jangan susahkan pemahaman Islam. Rasulullah berdakwah untuk mengIslamkan semua umatnya, maka permudahkan ia agar ramai yang mudah faham dan kembali ke jalan Allah.

Cuma kita yang berkiblatkan barat, meng ia kan pakaian mereka, meng ia kan muzik dan fesyen mereka, meng ia kan filem mereka, meng ia kan cara pentadbiran mereka, meng ia kan perniagaan mereka dan meng ia kan semua keluaran barat, maka apabila dunia dan kemahuan nafsu bertakhta di hati, maka Islam akan di lihat sebagai menyusah dan mundur.