Kenapa zionis begitu berani? Menceroboh, merampas dan membunuh aktivis Mavi Marmara. Sebab mereka amat yakin tiada sesiapa yang boleh membuat apa-apa terhadap mereka.
Iraq memasuki Kuwait, amerika begitu cepat sampai sebagai polis dunia. Perang teluk meletus dan berlarutan sehingga Saddam Hussien dibunuh.
Afghanistan diserang. Taliban diburu mengikut telunjuk zionis.
amerika kini sibuk dengan Korea Utara yang memusnahkan kapal selam korea selatan. Tiada pengakuan dari Korea Utara mahupun tuduhan secara rasmi dari Korea Selatan.
zionis menakluki bumi Palestine selama 6 dekad. Merampas, membunuh, merogol sewenang-wenangnya dan terkini membunuh aktivis tak bersenjata di perairan antarabangsa. Tiada sebarang reaksi pun dari amerika.
zionis berani kerana sudah pasti tiada sebarang kuasa di dunia ini yang boleh mengapa-apakan mereka. Sekiranya amerika mahu berperang dengan Korea Utara, peranglah... aku suka melihat mereka rugi dan melakukan perkara yang sia-sia.
Aku juga berharap kesilapan amerika dan tindakan zionis ini adalah selangkah kehadapan di dalam misi membebaskan Masjidil Aqsa kerana semakin hari semakin ramai musuh mereka (amerika & zionis)
Isnin, 7 Jun 2010
Jumaat, 2 April 2010
ISLAM AGAMA ALLAH
2 minggu lalu aku menunaikan sembahyang Jumaat di surau (masjid) ditempat aku. Khutbahnya amat menarik menceritakan betapa kasih dan sayangnya Rasulullah S.A.W kepada kita semua, umatnya. (Umat Islam dan yang bukan Islam dari semua bangsa yang wujud dimuka bumi Allah ini.
Apabila Rasulullah S.A.W bertanya kenapa Jibrail yang menjadi pengantara diantara Rasulullah S.A.W dengan Allah, kenapa sekali ini dia tidak memandang kepada Rasulullah S.A.W. Jawab Jibrail, kerana dia tidak sanggup melihat sahabatnya yang juga kekasih Allah menanggung kesakitan sakaratul maut. Lalu Rasulullah S.A.W berdoa agar semua kesakitan sakaratul maut umatnya ditanggung olehnya. Sedalam itu sayangnya Nabi kita terhadap kita. Sedangkan bukan semua umatnya Islam. Sedangkan bukan semua umatnya yang menyanjung dan menjadikan dia idola.
Sejauh mana kasih kita terhadap nabi kita? Adakah sekadar berkata atau setiap detik dalam sehari sepanjang hidup kita ini mengingati beliau? Mempertahankan apa yang disampaikan beliau dari Allah untuk kita sebagai hamba Allah?
Adat resam bangsa tak kira lah Melayu, Cina, India, Perancis, England, Sepanyol yang kita manusia ini asyik pertahankan. Orang Eropah misalnya, dengan kemajuan yang ada sebenarnya mengkaji ciptaan Allah untuk dijadikan mesin.
Kita manusia, apabila mata mengantuk, mulut yang sangap. Apabila perut telah penuh maka ada satu perasaan (sebagai indicator) untuk membuang air. Maka bila tangki minyak semakin kosong maka indicator pun menyala sebagai amaran untuk mengisi minyak. Namun begitu masih tidak mahu mengakui Allah adah pencipta kita semua. Masih mengikut fahaman nenek moyang mereka. Dan paling teruk sampai ke tahap Free Thinker. Tapi Allah tak rugi apa-apa pun. Cuma Rasulullah yang sedih melihat umatnya nanti.
Bagi kereta-kereta kecil dengan harga yang murah, maka kuranglah accessoriesnya. Bagi kereta-kereta mewah maka pelbagailah accessoriesnya. Air bag, sensor, gear automatik dan pelbagai lagi. Bagi mendapatkannya, harga yang perlu dibayar hendaklah berbaloi. Begitulah kita. Untuk menyukat taraf dan darjat kita disisi Pencipta kita ukurlah dari segi ketaatan kita terhadap Allah. Ukurlah dari segi naluri setakat mana kita takutkan Allah. Sejauh mana naluri kasih sayang kita terhadap Rasulullah S.A.W. Kalau tinggalkan sembahyang pun tak ada rasa apa-apa, kalau tahu arak itu haram tapi masih mencari-cari alasan untuk tujuan perubatan tak mengapakan.... Kalau tahu halal dan haram tapi terasa takut dianggap ketinggalan zaman.... maka darjat kita disisi Allah Tuhan yang mencipta kita seperti Datsun buah kana ditahun 2010 ini lah saja nampaknya. Walaupun di dunia yang sementara ini kita memiliki Mercedes, BMW ataupun Toyota.
Kita tahu seluruh alam dicipta Allah. Seluruh isi alam juga dicipta Allah. Maka mengapa kita perlu takut atau segan dengan bangsa Eropah misalnya, memandang kita rendah kerana pegangan agama kita yang benar. Bukankah mereka juga dicipta Allah malah mereka mengingkari perintah Pencipta mereka. Bukankah mereka yang dijalan yang salah? Bukankah mereka yang patut malu. Masalahnya kita umat Islam mengukur darjat dan taraf mengikut standard mereka.
Aku ada terbaca majalah Reader’s Digest April 2008 ada artikel yang ditulis oleh pengarang Mat Saleh yang berbunyi ”THE COUNTRY’S ISLAMIC RECREATIONAL TRADITIONS MAY SEEM CONSERVATIVE WHEN MEASURED BY WESTERN STANDARDS BUT ONCE ACCUSTOMED TO THE FAMILY-ORIENTED WAY OF LIFE , ITS EASY TO APPRECIATE THE GENTLE, CARING NATURE OF THE PEOPLE”
Namun begitu kita perlu saling menghormati sesama bangsa. Kita perlu mulakan dengan saling menghormati sesama kita dahulu. jangan pilih bulu. Hormatlah pada yang berkereta besar dan berjawatan tinggi . Dan hormatlah kepada semua dikalangan kita walaupun tukang kebun, nelayan dan buruh-buruh atau pekerja-pekerja biasa. Sebab kebanyakan dari pekerja-pekerja biasa ini apabila mereka jalankan tanggungjawab mereka maka pahala mereka berterusan. Seperti harga saham yang sentiasa meningkat setiap hari. Contohnya tukang kebun yang membersihkan landskap di hadapan pejabat kita membuang duri atau paku di atas jalan. Lagi ramai orang yang lalu lalang dijalan itu semakin banyak pahala yang mereka dapat berterusan setiap hari. Maka jika diukur darjat mereka disis Allah dan dibandingkan dengan aku ini, pastinya darjat mereka lagi tinggi dari aku disis Allah.
Seperti pasir yang diisi didalam sebuah gelas. Pasir yang paling bawah lah masuk dahulu. Barulah diikuti dengan pasir yang dibahgian tengah dan seterusnya diatas. Pasir yang dibawah ini ibarat tukang kebun, nelayan dan pekerja-pekerja biasa. Sentiasa dibawah. Tetapi sentiasa mendapat pahala kerana dengan adanya mereka di bawah maka pasir yang lain boleh berada ditengah dan di atas. Pasir yang paling atas sentiasa tercemar dengan faktor sekitar seperti hujan, panas dan apa-apa juga kekotoran yang singgah.
Tetapi apabila dikeluarkan nanti atau diterbalikkan nanti maka pasir yang paling bawah tadi menjadi yang paling atas dan paling neutral tanpa pencemaran, manakala yang paling atas tadi pula menjadi paling bawah dan menjadi yang paling banyak tercemar. Mungkinkah nanti bila kita dibangunkan di Mahsyar kelak begini keadaannya. Tidak mustahil, tetapi hendaklah diuruskan dengan betul. Pasir yang setelah diterbalikkan berada diatas tadi kalau tidak diurus dengan betul akan terburai dan jatuh ke bawah juga. Pemimpin yang alim juga disediakan syurga yang tinggi mengikut janji Allah. Sentiasalah kita khusyuk kepada Allah kerana Allah sentiasa dekat pada kita sekiranya kita sentiasa khusyuk kepadaNya tak kiralah dalam apa jua urusan kita.
Inilah pesanku kepada diri aku dan kepada mereka yang membaca.

Langgan:
Catatan (Atom)