Isnin, 7 Jun 2010

WORLD VS ZIONIS

Kenapa zionis begitu berani? Menceroboh, merampas dan membunuh aktivis Mavi Marmara. Sebab mereka amat yakin tiada sesiapa yang boleh membuat apa-apa terhadap mereka.

Iraq memasuki Kuwait, amerika begitu cepat sampai sebagai polis dunia. Perang teluk meletus dan berlarutan sehingga Saddam Hussien dibunuh.

Afghanistan diserang. Taliban diburu mengikut telunjuk zionis.

amerika kini sibuk dengan Korea Utara yang memusnahkan kapal selam korea selatan. Tiada pengakuan dari Korea Utara mahupun tuduhan secara rasmi dari Korea Selatan.

zionis menakluki bumi Palestine selama 6 dekad. Merampas, membunuh, merogol sewenang-wenangnya dan terkini membunuh aktivis tak bersenjata di perairan antarabangsa. Tiada sebarang reaksi pun dari amerika.

zionis berani kerana sudah pasti tiada sebarang kuasa di dunia ini yang boleh mengapa-apakan mereka. Sekiranya amerika mahu berperang dengan Korea Utara, peranglah... aku suka melihat mereka rugi dan melakukan perkara yang sia-sia.

Aku juga berharap kesilapan amerika dan tindakan zionis ini adalah selangkah kehadapan di dalam misi membebaskan Masjidil Aqsa kerana semakin hari semakin ramai musuh mereka (amerika & zionis)