Sabtu, 28 Disember 2013

HASBIALLAHULAILLAHU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pengampun

Ampunilah segala dosa-dosaku. Aku sedar begitu banyak dosa-dosaku. Begitu banyak masa-masa yang berlalu tetapi aku lalai dari mendekati Mu Ya Allah. Ampunilah aku Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah janganlah lantaran kerana dosa2 dan kelalaianku Engkau menolak doa dan hajatku Wahai Tuhan yang Agung.

Aku bersyukur dengan segala limpah kurnia Mu selama ini Ya Allah. Aku meyakini janji-janjiMu didalam kitabMu kepada hambaMu yang mensyukuri nikmat kurniaanMu Wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala nikmatMu Ya Allah.

Engkaulah yang memiliki segala apa yang ada dilangit dan segala apa yang ada dibumi. Engkaulah yang memiliki arasy yang agung. Maha besar kekuasaanMu, tiada yang dapat menandingi kekuasaanMu Ya Allah. Tunaikan hajat hajatku ini Ya Allah...

Ampunilah dosa2 ku, dosa2 ibubapaku, dosa2 kaum keluargaku Ya Allah.

Tunjukkan aku jalan keluar dari masalah masalahku Ya Allah.

Permudahkan segala urusanku Ya Allah.

Lindungi lah maruah diri dan keluargaku Ya Allah.

Tabahkan hatiku menempuh dugaanMu Ya Allah.

HasbiAllahu lailahaillahu, a'laikatawakkaltu, wahuwarabbul ardsyil a'dzim...

Salallahu a'la saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi ajmai'in...

Walhamdulillahi Rabbil A'lamin.

Sabtu, 26 Oktober 2013

PADA PENDAPAT AKU

25 Okt 2013 Belanjawan negara dibentangkan. Aku bukan ahli ekonomi. Jauh sekali sbg org politik. Tp sbg rakyat Malaysia aku merasa bimbang dengan perkembangan semasa dewasa ini.

Pemberian BR1M, ramai yang suka. Dan sekiranya aku juga dapat, pastinya aku bersyukur kurniaan Allah melalui pemerintah. Tetapi semasa belajar dulu, pensyarah aku pernah lecturer panjang lebar apa yg dimaksudkan dengan "berikan mata kail, bukan ikan". Kerana itu adalah lebih baik utk jangkamasa panjang. Nilai keseluruhan BR1M yg diberi kpd rakyat pastinya akan menghasilkan mata kail yg lbh berguna utk jangkamasa panjang.

Harga gula dimansuhkan subsidinya dgn alasan yang silly. Utk menjaga kesihatan rakyat. 26 Okt 2013 menjadi RM 2.84 di round off menjadi RM 2.85 dari RM 2.50 . Dan pada 1 Apr 2015 akan ditambah lg 6% GST. Utk kesihatan rakyat. Aku rasa spt diperbudak-budakkan dgn alasan yg diberi.

Harga rokok dinaikkan juga utk kesihatan rakyat. Alasan ini boleh diterima pakai. Tetapi rokok seludup berleluasa. Akhbar perdana melaporkan rokok seludup punca kesihatan rakyat Malaysia terjejas. Isu sbnr adalah kenapa rokok seludup berleluasa. Rokok seludup RM 3.50. Rokok dgn cukai RM 12.00 . Kedua-duanya merosakkan kesihatan rakyat.

Kalau alasan yg diberi dari kalangan golongan pengurus atau timbalan setiausaha, aku faham. Tetapi alasan yg diberi terus  dari level menteri, aku agak khuatir sekiranya itulah mentality menteri-menteri negara tanah tumpahnya darahku.

Aku cuba berbaik sangka. Mereka tentunya lebih arif dan mereka sememangnya layak mentadbir negara. Cuma alasan yg diberi adakah mereka cuba menipu rakyat yg mengundi mereka?

Rabu, 14 Ogos 2013

KUASA MEMBELI

Suatu masa dahulu, jika kita berbuat sesuatu kejahatan akan dikenang orang untuk jangkamasa yang lama.

Setelah itu, jika kita berbuat kebaikan sekali pun ianya mengambil jangkamasa yang lama barulah akan diterima masyarakat.

Zaman sekarang masa amat berharga. Tidak perlu tunggu untuk jangkamasa yang lama untuk diterima masyarakat. Anda boleh membelinya dengan duit. Jika anda berharta, anda akan diterima dan disanjung masyarakat. Masyarakat secara automatik telah melupakan kesalahan anda. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Hebatnya kuasa membeli di zaman ini.
#laukana bainana

Jumaat, 19 Julai 2013

Pokok dan Mancis

Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar.Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.

Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.

Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .

Sabtu, 13 Julai 2013

SARA MRI

Admit to kajang ward for procedure. Awaiting for MRI the next day at Ampang Hospital.

SARA EEG TEST 3 JUL 2013

Sabtu, 25 Mei 2013

SELAWAT BADAWI


Ya Allah yang Maha Mengetahui. 
Engkau Maha Mengetahui keberdayaanku 
dan ketidakberdayaan ku...

Sabtu, 4 Mei 2013

PENDAPAT JUJUR SAYA

5 Mei 2013 - PRU 13

Kawan-kawan yang dapat banyak job dari Federal Government undilah BN. Balas budi mereka yang banyak bagi kamu wang ringgit untuk korang bayar banglo dan kereta mewah korang selama ini. Lagipun pemimpin BN pun orang Islam jugak.

Kawan-kawan yang di Kelantan yang mengagumi TGNA undilah TGNA. Sebab dia berakhlak mulia. Elaun dan sebhg gaji beliau diberikan kepada rakyat. Lagipun dia kan ulamak.

Aku lebih melihat pada calon itu secara individu. Sebab kalo BN menang, Najib jd PM. Kalo PR menang, Anwar jadi PM. Lagi pun negara ini negara raja berparlimen. Perlembagaan negara melindungi peribumi (Melayu dan Islam) Bkn dia org boleh buat sesuka hati pun.

Aku cuma risau MCA atau DAP menang besar. Dia org tak boleh jadi PM. Tapi ramai menteri cina. Makin besar kepala la... aku paling tak puas pada soi lek. Melayu jgn berpecah. Negara ni ok. Jgn bagi cina conquer command. MCA dan DAP fight for Chinese. Cuma pendekatan berbeza. Bkn nak api perkauman, cuma sakit hati sebab bible nak buat bahasa melayu. Minta kesamarataan kaum. Ini bkn US. Ini Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu.

UMNO pun Islam, PAS pun Islam. Org politik yg menang DUN dan Parlimen, pastu jadi MB, dapat tiga gaji. Kita rakyat biasa bergaduh-gaduh nak bagi dia orang menang dan kaya.

BN menang, Najib mcm Najib sekarang juga. PR menang, Anwar jadi Anwar sekarang jugak. Kit Siang dan Karpal ganti tempat soi lek dan MIC. Sama jer.. Jgn BN menang sebab MCA menang majority, jgn PR menang sebab DAP bg majority. Tak bagus untuk negara.

Majority 2/3 ni bagus buat pemerintah. Ibarat dapat 5 ribu untuk outstation dari Putra jaya ke Penang. Boleh melencong merata-rata. Sebab bajet lebih. Kalau tak dapat majority 2/3 pun boleh memerintah, umpama dapat 3 ratus untuk outstation dari Putrajaya ke Penang. Cepat balik sebab duit cukup untuk tambang jer..tak boleh melencong. Saya sayang tanah air saya....

Selasa, 2 April 2013

WAWASAN 2022 NURWIDAD AFIFAH

Catatan ini khas buat Nurwidad Afifah binti Zulfika. 

Ummi ada beritahu ayah yang option kedua cita-cita along untuk menjadi peguam. Peguam pun boleh buat master dapatkan Dr. Falsafah.

Ayah dah buat research untuk along. Ayah namakan WAWASAN 2022

1. 2014 - PMR - TARGET 8A MINIMUM 7A 1B    UMUR : 15 TAHUN

Pastikan along berada dalam aliran Science. Sebab banyak advantages untuk memohon universiti nanti.


2. 2016 - SPM – ALIRAN SAINS – TARGET 9A MINIMUM 6A 2B  UMUR : 17 TAHUN

Pastikan along tak terkucil masa ini. SPM sangat penting. Kalau terpaksa ambil STPM, along kena ganjakkan lagi 2 tahun untuk capai cita-cita along (lower six dan upper six.)

3. JUN 2017 - DIS 2018 - MATRIKULASI UNDANG-UNDANG UiTM  UMUR :18-19 THN  

    MINIMUM 5A KEPUJIAN – BM, BI, ADD MATHS, MATHS. Inilah sebabnya masa PMR kena pastikan berada  dalam science stream. Matriks ni SETAHUN SETENGAH. Ayah cadangkan UiTM lah, dekat dengan keluarga. Tapi terpulanglah pada along. Apa pun pastikan score SPM dulu.

4. 2019 - 2022 - IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG (KELAS PERTAMA)  UMUR : 19 – 23 TAHUN

    8 SEMESTER , 4 Tahun , SEKURANG-KURANGNYA CGPA 3.00 (MATRIKS) Kalau lebih, tak boleh jadi  lawyer, tapi boleh bekerja di firma guaman atau Jabatan Kehakiman. Atau pun reseat jer... Rugi lagi setahun     setengah. Jangan sampai dah ada cucu baru boleh ambil 1st kes. Ayah cadangkan University Malaya. Sebab     dekat dengan family. Tapi kalau alang-alang along nak pergi jauh, masuk Harvard University.

5. 2023 - CHAMBERING  UMUR : 24 TAHUN

    Kena buat praktikal minimum 9 bulan di Firma Guaman yang diiktiraf BAR Council. Firma Guaman tersebut     mestilah telah mendapat lesen guaman minimum 7 tahun dan ke atas. Bukan lawyer untuk pinjaman perumahan ni.

6. 2024 - AS A FRESHIE  LAWYER    UMUR : 25 TAHUN

    Masa ni dah bergelar lawyer. Kena timba pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun baru lah boleh bergelar......

7. 2029 - PROFESIONAL LAWYER UMUR : 30 TAHUN

    PHD??????? DR??????    Masa ni along dah bersuami, Dah ada anak, ada ibubapa mertua.Tapi pastikan SPM dan Matriks tak terkucil.    sebab kalau terkucil, 2022 along belum graduate lagi. Ayah dan Ummi masa ni waAllahua'lam...Allah saja yang mengetahui dimana kami masa ni. Sebab ni lah ayah selalu cakap, ayah didik along dan adik-adik bukan untuk ayah dan ummi, tapi untuk masa depan along dan adik-adik.