skip to main |
skip to sidebar
Catatan ini khas buat Nurwidad Afifah binti Zulfika.
Ummi ada beritahu ayah yang option kedua cita-cita along untuk menjadi peguam. Peguam pun boleh buat master dapatkan Dr. Falsafah.
Ayah dah buat research untuk along. Ayah namakan WAWASAN 2022
1. 2014 - PMR - TARGET 8A MINIMUM 7A 1B UMUR : 15 TAHUN
Pastikan along berada dalam aliran Science. Sebab banyak advantages untuk memohon universiti nanti.
2. 2016 - SPM – ALIRAN SAINS – TARGET 9A MINIMUM 6A 2B UMUR : 17 TAHUN
Pastikan along tak terkucil masa ini. SPM sangat penting. Kalau terpaksa ambil STPM, along kena ganjakkan lagi 2 tahun untuk capai cita-cita along (lower six dan upper six.)
3. JUN 2017 - DIS 2018 - MATRIKULASI UNDANG-UNDANG UiTM UMUR :18-19 THN
MINIMUM 5A KEPUJIAN – BM, BI, ADD MATHS, MATHS. Inilah sebabnya masa PMR kena pastikan berada dalam science stream. Matriks ni SETAHUN SETENGAH. Ayah cadangkan UiTM lah, dekat dengan keluarga. Tapi terpulanglah pada along. Apa pun pastikan score SPM dulu.
4. 2019 - 2022 - IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG (KELAS PERTAMA) UMUR : 19 – 23 TAHUN
8 SEMESTER , 4 Tahun , SEKURANG-KURANGNYA CGPA 3.00 (MATRIKS) Kalau lebih, tak boleh jadi lawyer, tapi boleh bekerja di firma guaman atau Jabatan Kehakiman. Atau pun reseat jer... Rugi lagi setahun setengah. Jangan sampai dah ada cucu baru boleh ambil 1st kes. Ayah cadangkan University Malaya. Sebab dekat dengan family. Tapi kalau alang-alang along nak pergi jauh, masuk Harvard University.
5. 2023 - CHAMBERING UMUR : 24 TAHUN
Kena buat praktikal minimum 9 bulan di Firma Guaman yang diiktiraf BAR Council. Firma Guaman tersebut mestilah telah mendapat lesen guaman minimum 7 tahun dan ke atas. Bukan lawyer untuk pinjaman perumahan ni.
6. 2024 - AS A FRESHIE LAWYER UMUR : 25 TAHUN
Masa ni dah bergelar lawyer. Kena timba pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun baru lah boleh bergelar......
7. 2029 - PROFESIONAL LAWYER UMUR : 30 TAHUN
PHD??????? DR?????? Masa ni along dah bersuami, Dah ada anak, ada ibubapa mertua.Tapi pastikan SPM dan Matriks tak terkucil. sebab kalau terkucil, 2022 along belum graduate lagi. Ayah dan Ummi masa ni waAllahua'lam...Allah saja yang mengetahui dimana kami masa ni. Sebab ni lah ayah selalu cakap, ayah didik along dan adik-adik bukan untuk ayah dan ummi, tapi untuk masa depan along dan adik-adik.