Sabtu, 26 Oktober 2013

PADA PENDAPAT AKU

25 Okt 2013 Belanjawan negara dibentangkan. Aku bukan ahli ekonomi. Jauh sekali sbg org politik. Tp sbg rakyat Malaysia aku merasa bimbang dengan perkembangan semasa dewasa ini.

Pemberian BR1M, ramai yang suka. Dan sekiranya aku juga dapat, pastinya aku bersyukur kurniaan Allah melalui pemerintah. Tetapi semasa belajar dulu, pensyarah aku pernah lecturer panjang lebar apa yg dimaksudkan dengan "berikan mata kail, bukan ikan". Kerana itu adalah lebih baik utk jangkamasa panjang. Nilai keseluruhan BR1M yg diberi kpd rakyat pastinya akan menghasilkan mata kail yg lbh berguna utk jangkamasa panjang.

Harga gula dimansuhkan subsidinya dgn alasan yang silly. Utk menjaga kesihatan rakyat. 26 Okt 2013 menjadi RM 2.84 di round off menjadi RM 2.85 dari RM 2.50 . Dan pada 1 Apr 2015 akan ditambah lg 6% GST. Utk kesihatan rakyat. Aku rasa spt diperbudak-budakkan dgn alasan yg diberi.

Harga rokok dinaikkan juga utk kesihatan rakyat. Alasan ini boleh diterima pakai. Tetapi rokok seludup berleluasa. Akhbar perdana melaporkan rokok seludup punca kesihatan rakyat Malaysia terjejas. Isu sbnr adalah kenapa rokok seludup berleluasa. Rokok seludup RM 3.50. Rokok dgn cukai RM 12.00 . Kedua-duanya merosakkan kesihatan rakyat.

Kalau alasan yg diberi dari kalangan golongan pengurus atau timbalan setiausaha, aku faham. Tetapi alasan yg diberi terus  dari level menteri, aku agak khuatir sekiranya itulah mentality menteri-menteri negara tanah tumpahnya darahku.

Aku cuba berbaik sangka. Mereka tentunya lebih arif dan mereka sememangnya layak mentadbir negara. Cuma alasan yg diberi adakah mereka cuba menipu rakyat yg mengundi mereka?