Hari ini 11 Apr 2014, dah lebih sbln kehilangan pesawat MH370. JACC di Australia sahkan isyarat yg dikesan di Lautan Hindi tiada kaitan dgn MH370. Byk sungguh persoalan yg timbul.
JACC dianggotai oleh pasukan penyelamat yg kesemuanya pakar. Hampir lebih separuh dari usia mereka diabdikan dlm bidang aeronautical. Mereka berhabisan jutaan usd mencari MH 370 dilautan Hindi walaupun tiada langsung cebisan/ serpihan MH370 yg dikatakan terhempas ditemui/dikesan.
Hanya berbekalkan data dr sykt satelite sedangkan penghantaran isyarat satelite blh dimatikan secara manual walaupun agak sukar.
Laluan penerbangan ditukar dgn sengaja. Transponder dimatikan tepat pada sempadan ruang angkasa M'sia dan Vietnam. Pada tgh malam sekitar 12.40am. Laluan yg dipilih adalah laluan yg tiada pengawasan radar. Adakah semua ini kebetulan atau perancangan teliti? Menuju lautan sepi utk membunuh diri dan muatan didlmnya tanpa sebab yang munasabah.
Diterajui seorg kapten pesawat Islam yg luas pengalaman dan berkemahiran tinggi. Seorg yg bergaji besar, profesional dan berkeluarga. Berapa peratus kemungkinan dan berapa peratus pula kemustahilannya yg memungkin dia membunuh diri sehinggakan memerlukan jutaan dolar perlu digunakan utk mencari black box tanpa sebarang serpihan air crash?
Kredibiliti PDRM, FBI dan Interpol juga tidak boleh diperlekehkan. Mereka juga semuanya profesional. Mereka juga telah memeriksa semua latar belakang anak kapal dan penumpang termasuklah dua individu dgn passport palsu. Mereka juga sudah mengesahkan tiada yg terlibat dgn mana2 bdn pengganas. Tiada sebarang tuntutan yg dibuat bagi membolehkan ianya dinamakan sbg rampasan kapal terbang @ hijack.
Pasukan SAR dianggotai oleh 26 negara. Termasuklah kuasa2 besar dunia dgn aset2 canggih mereka. Masih gagal utk mengesan MH370. Cuma walaupun US juga terlibat didlm SAR agak humble jugalah, mereka tidak mengepalai pasukan SAR ini seperti yg selalunya mereka lakukan setiap kali adanya isu besar dunia. Biasanya mereka lah polis dunia.
Segalanya kekal misteri. Begitulah hebatnya kuasa Pencipta alam semesta termasuklah kita hidupan didlmnya. Tetapi tidak semua manusia boleh menerima jawapan sebegini. Kepada yg masih ingin mencari jawapan yg blh diterima logik akal, anda hanya punyai satu pilihan buat masa ini. Kerana tiadanya serpihan dijumpai. Tiada kesan letupan di udara yg dikesan. Tiadanya tanda2 rampasan dan tiada sebarang tuntutan dibuat. Apa yg tggl hanyalah BERAPA TEPATKAH MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI ATAU DISALURKAN KEPADA KITA?
1.Maklumat dari pihak SAR dan
2. Makumat dari pihak Penyiasatan.
Mengikut hukum akal, sekiranya maklumat dari pihak penyiasatan betul, pastinya pesawat tersebut terhempas dan meninggalkan cebisan/serpihan. Dan ini membuktikan maklumat pihak SAR tidak tepat.
Namun sekiranya maklumat pihak SAR adalah tepat, maka wujudnya kepincangan maklumat oleh pihak penyiasatan. Pesawat tersebut telah dirampas dan disembunyikan dan tiadalah sebarang serpihan akan ditemui di lautan hindi pastinya.
Motifnya...... ?
Byk juga kemungkinannya. Seperti peristiwa 911 contohnya. Masalah kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu yg baru shj genap setahun boleh jadi. Atau masalah dalaman kerajaan China atau dgn negara luar juga boleh dijadikan alasan yg agak logik dan diterima akal.
Spekulasi semata mata? Semua perkara yg belum dipastikan dgn nyata tetapi hendak di selaraskan dgn logik akal pastinya perlu mengambil kira semua kemungkinan atau spekulasi.
Atau jika anda tidak mahu sebarang spekulasi, hanya satu jawapan yg ada setakat hari ini. Tuhan telah melenyapkannya tanpa sebarang kesan dan sebab, dgn kekuasaanNya dan kehendakNya. Dan ini bukanlah spekulasi kerana Kekuasaan Tuhan melebihi akal logik dan kewarasan manusia.