Selasa, 10 Jun 2014

WAHAI DIRI INI

Bila lah hidup ini akan kembali indah....

Jumaat, 11 April 2014

MH370

Hari ini 11 Apr 2014, dah lebih sbln kehilangan pesawat MH370. JACC di Australia sahkan isyarat yg dikesan di Lautan Hindi tiada kaitan dgn MH370. Byk sungguh persoalan yg timbul.

JACC dianggotai oleh pasukan penyelamat yg kesemuanya pakar. Hampir lebih separuh dari usia mereka diabdikan dlm bidang aeronautical. Mereka berhabisan jutaan usd mencari MH 370 dilautan Hindi walaupun tiada langsung cebisan/ serpihan MH370 yg dikatakan terhempas ditemui/dikesan.

Hanya berbekalkan data dr sykt satelite sedangkan penghantaran isyarat satelite blh dimatikan secara manual walaupun agak sukar.

Laluan penerbangan ditukar dgn sengaja. Transponder dimatikan tepat pada sempadan ruang angkasa M'sia dan Vietnam. Pada tgh malam sekitar 12.40am. Laluan yg dipilih adalah laluan yg tiada pengawasan radar. Adakah semua ini kebetulan atau perancangan teliti? Menuju lautan sepi utk membunuh diri dan muatan didlmnya tanpa sebab yang munasabah.

Diterajui seorg kapten pesawat Islam yg luas pengalaman dan berkemahiran tinggi. Seorg yg bergaji besar, profesional dan berkeluarga. Berapa peratus kemungkinan dan berapa peratus pula kemustahilannya yg memungkin dia membunuh diri sehinggakan memerlukan jutaan dolar perlu digunakan utk mencari black box tanpa sebarang serpihan air crash?

Kredibiliti PDRM, FBI dan Interpol juga tidak boleh diperlekehkan. Mereka juga semuanya profesional. Mereka juga telah memeriksa semua latar belakang anak kapal dan penumpang termasuklah dua individu dgn passport palsu. Mereka juga sudah mengesahkan tiada yg terlibat dgn mana2 bdn pengganas. Tiada sebarang tuntutan yg dibuat bagi membolehkan ianya dinamakan sbg rampasan kapal terbang @ hijack.

Pasukan SAR dianggotai oleh 26 negara. Termasuklah kuasa2 besar dunia dgn aset2 canggih mereka. Masih gagal utk mengesan MH370. Cuma walaupun US juga terlibat didlm SAR agak humble jugalah, mereka tidak mengepalai pasukan SAR ini seperti yg selalunya mereka lakukan setiap kali adanya isu besar dunia. Biasanya mereka lah polis dunia.

Segalanya kekal misteri. Begitulah hebatnya kuasa Pencipta alam semesta termasuklah kita hidupan didlmnya. Tetapi tidak semua manusia boleh menerima jawapan sebegini. Kepada yg masih ingin mencari jawapan yg blh diterima logik akal, anda hanya punyai satu pilihan buat masa ini. Kerana tiadanya serpihan dijumpai. Tiada kesan letupan di udara yg dikesan. Tiadanya tanda2 rampasan dan tiada sebarang tuntutan dibuat. Apa yg tggl hanyalah BERAPA TEPATKAH MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI ATAU DISALURKAN KEPADA KITA?

1.Maklumat dari pihak SAR dan
2. Makumat dari pihak Penyiasatan.

Mengikut hukum akal, sekiranya maklumat dari pihak penyiasatan betul, pastinya pesawat tersebut terhempas dan meninggalkan cebisan/serpihan. Dan ini membuktikan maklumat pihak SAR tidak tepat.

Namun sekiranya maklumat pihak SAR adalah tepat, maka wujudnya kepincangan maklumat oleh pihak penyiasatan. Pesawat tersebut telah dirampas dan disembunyikan dan tiadalah sebarang serpihan akan ditemui di lautan hindi pastinya.
Motifnya...... ?

Byk juga kemungkinannya. Seperti peristiwa 911 contohnya. Masalah kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu yg baru shj genap setahun boleh jadi. Atau masalah dalaman kerajaan China atau dgn negara luar juga boleh dijadikan alasan yg agak logik dan diterima akal.

Spekulasi semata mata? Semua perkara yg belum dipastikan dgn nyata tetapi hendak di selaraskan dgn logik akal pastinya perlu mengambil kira semua kemungkinan atau spekulasi.

Atau jika anda tidak mahu sebarang spekulasi, hanya satu jawapan yg ada setakat hari ini. Tuhan telah melenyapkannya tanpa sebarang kesan dan sebab, dgn kekuasaanNya dan kehendakNya. Dan ini bukanlah spekulasi kerana Kekuasaan Tuhan melebihi akal logik dan kewarasan  manusia.

Sabtu, 1 Februari 2014

AKU DAN KISAH KEHIDUPANKU

Hakikat sebuah kehidupan. Semakin dekat kita menuju jalan kepadaNYA, semakin kuat ribut dugaan melanda.

Namun semasa meredah ribut dugaan, DIA menunjukkan kebenaran. Siapa saudara mara mu? siapa temanmu? apa yang diminta oleh duniamu? apa pula diminta oleh akhiratmu?

Betapa rasanya akibat dari lidah-lidah yang lalai berzikir kepadanNYA. Betapa sayunya hati dari perbuatan mereka yang telah dilalaikan oleh harta-harta mereka.

Memang benar pengalaman mendewasakan. Memang benar pengalaman mengajar kita. Sebagai hambaNya... pastinya  perlu menuruti sunnah kekasihnya s.a.w. Maaf tetap akan dihulur.

Namun parutnya kekal dihati. SubhanAllah, walhamdulillah, walaa illahaillalah, Allahuakhbar.

Sabtu, 28 Disember 2013

HASBIALLAHULAILLAHU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Pengampun

Ampunilah segala dosa-dosaku. Aku sedar begitu banyak dosa-dosaku. Begitu banyak masa-masa yang berlalu tetapi aku lalai dari mendekati Mu Ya Allah. Ampunilah aku Wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah janganlah lantaran kerana dosa2 dan kelalaianku Engkau menolak doa dan hajatku Wahai Tuhan yang Agung.

Aku bersyukur dengan segala limpah kurnia Mu selama ini Ya Allah. Aku meyakini janji-janjiMu didalam kitabMu kepada hambaMu yang mensyukuri nikmat kurniaanMu Wahai Tuhan yang Maha Pemurah. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan segala nikmatMu Ya Allah.

Engkaulah yang memiliki segala apa yang ada dilangit dan segala apa yang ada dibumi. Engkaulah yang memiliki arasy yang agung. Maha besar kekuasaanMu, tiada yang dapat menandingi kekuasaanMu Ya Allah. Tunaikan hajat hajatku ini Ya Allah...

Ampunilah dosa2 ku, dosa2 ibubapaku, dosa2 kaum keluargaku Ya Allah.

Tunjukkan aku jalan keluar dari masalah masalahku Ya Allah.

Permudahkan segala urusanku Ya Allah.

Lindungi lah maruah diri dan keluargaku Ya Allah.

Tabahkan hatiku menempuh dugaanMu Ya Allah.

HasbiAllahu lailahaillahu, a'laikatawakkaltu, wahuwarabbul ardsyil a'dzim...

Salallahu a'la saiyidina Muhammad wa 'ala alihi wasohbihi ajmai'in...

Walhamdulillahi Rabbil A'lamin.

Sabtu, 26 Oktober 2013

PADA PENDAPAT AKU

25 Okt 2013 Belanjawan negara dibentangkan. Aku bukan ahli ekonomi. Jauh sekali sbg org politik. Tp sbg rakyat Malaysia aku merasa bimbang dengan perkembangan semasa dewasa ini.

Pemberian BR1M, ramai yang suka. Dan sekiranya aku juga dapat, pastinya aku bersyukur kurniaan Allah melalui pemerintah. Tetapi semasa belajar dulu, pensyarah aku pernah lecturer panjang lebar apa yg dimaksudkan dengan "berikan mata kail, bukan ikan". Kerana itu adalah lebih baik utk jangkamasa panjang. Nilai keseluruhan BR1M yg diberi kpd rakyat pastinya akan menghasilkan mata kail yg lbh berguna utk jangkamasa panjang.

Harga gula dimansuhkan subsidinya dgn alasan yang silly. Utk menjaga kesihatan rakyat. 26 Okt 2013 menjadi RM 2.84 di round off menjadi RM 2.85 dari RM 2.50 . Dan pada 1 Apr 2015 akan ditambah lg 6% GST. Utk kesihatan rakyat. Aku rasa spt diperbudak-budakkan dgn alasan yg diberi.

Harga rokok dinaikkan juga utk kesihatan rakyat. Alasan ini boleh diterima pakai. Tetapi rokok seludup berleluasa. Akhbar perdana melaporkan rokok seludup punca kesihatan rakyat Malaysia terjejas. Isu sbnr adalah kenapa rokok seludup berleluasa. Rokok seludup RM 3.50. Rokok dgn cukai RM 12.00 . Kedua-duanya merosakkan kesihatan rakyat.

Kalau alasan yg diberi dari kalangan golongan pengurus atau timbalan setiausaha, aku faham. Tetapi alasan yg diberi terus  dari level menteri, aku agak khuatir sekiranya itulah mentality menteri-menteri negara tanah tumpahnya darahku.

Aku cuba berbaik sangka. Mereka tentunya lebih arif dan mereka sememangnya layak mentadbir negara. Cuma alasan yg diberi adakah mereka cuba menipu rakyat yg mengundi mereka?

Rabu, 14 Ogos 2013

KUASA MEMBELI

Suatu masa dahulu, jika kita berbuat sesuatu kejahatan akan dikenang orang untuk jangkamasa yang lama.

Setelah itu, jika kita berbuat kebaikan sekali pun ianya mengambil jangkamasa yang lama barulah akan diterima masyarakat.

Zaman sekarang masa amat berharga. Tidak perlu tunggu untuk jangkamasa yang lama untuk diterima masyarakat. Anda boleh membelinya dengan duit. Jika anda berharta, anda akan diterima dan disanjung masyarakat. Masyarakat secara automatik telah melupakan kesalahan anda. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Hebatnya kuasa membeli di zaman ini.
#laukana bainana

Jumaat, 19 Julai 2013

Pokok dan Mancis

Pokok dan Mancis.

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis,Tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok.

Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis trus terbakar.Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.

Ketika burung hidup, ia makan ulat, Ketika burung mati, ulat makan burung.Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.

Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerena siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita.Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita.Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita.Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan.

Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA.Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai .