Hakikat sebuah kehidupan. Semakin dekat kita menuju jalan kepadaNYA, semakin kuat ribut dugaan melanda.
Namun semasa meredah ribut dugaan, DIA menunjukkan kebenaran. Siapa saudara mara mu? siapa temanmu? apa yang diminta oleh duniamu? apa pula diminta oleh akhiratmu?
Betapa rasanya akibat dari lidah-lidah yang lalai berzikir kepadanNYA. Betapa sayunya hati dari perbuatan mereka yang telah dilalaikan oleh harta-harta mereka.
Memang benar pengalaman mendewasakan. Memang benar pengalaman mengajar kita. Sebagai hambaNya... pastinya perlu menuruti sunnah kekasihnya s.a.w. Maaf tetap akan dihulur.
Namun parutnya kekal dihati. SubhanAllah, walhamdulillah, walaa illahaillalah, Allahuakhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan