Selasa, 24 Februari 2009

SEBABNYA



Kita tahu asal-usul kewujudan kita dimuka bumi Allah ini. Tak kira berkulit gelap, berhidung mancung, berambut ikal dan berbangsa-bangsa. Asal-usulnya dari Nabi Adam a.s. dan Hawa. Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Dan kita sepatutnya sedar betapa besarnya kuasa Allah dari satu pasangan manusia menjadi berbilang bangsa.

Kita juga tahu siapakah penyebabnya Nabi Adam diturunkan di muka bumi ini.
Kita juga tahu siapakah musuh sebenar kita di atas muka bumi Allah ini. syaitan laknatullah. Makhluk inilah yang telah berjanji kepada Yang Maha Pencipta untuk menyesatkan kita.

Kita tahu Al-Quran itu kalam Allah. Al-Quran menceritakan segalanya kepada kita. Panduan atau manual untuk kita hidup di atas muka bumi Allah. Kita juga diceritakan tentang cerita-cerita lalu sebagai pengajaran. Kita juga diceritakan perkara-perkara yang bakal berlaku sehingga muka bumi Allah ini dihancurkan. Kita juga dijanjikan akan dikembalikan kepada Yang Telah Mencipta Kita Dan Sekelian Alam.

Kita tahu Rasul adalah dari kalangan manusia. Kita tahu Rasul-Rasul itu diutus kepada kita. Kita tahu kita ini umat siapa. Kita tahu dikalangan bangsa-bangsa kita, bangsa manakah paling banyak diturunkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Kita tahu kenapa ianya begitu. Kita tahu bangsa apakah diatas muka bumi ini yang dilaknati oleh Yang Maha Pencipta. Yang diceritakan secara terang-terangan didalam Al-Quran. Kita tahu adanya kaum yang terpesong hingga mewujudkan apa yang kita panggil Kristian. Kita juga dibekalkan hadith-hadith dan sejarah untuk rujukan kita. Kita diceritakan tentang bangsa-bangsa dikalangan manusia pada masa itu yang berpecah belah dan jahiliah kemudian disatukan oleh Rasul dengan pegangan agama sedang bangsa-bangsa lain masih di dalam zaman gelap atau batu.

Kita tahu tugas utama kita adalah untuk menyembah Allah. Kita tahu cara-caranya dan waktu-waktunya. Selepas itu kita lakukan perkara-perkara yang kita tahu dan mampu bagi menikmati rezeki Allah mengikut kepandaian kita yang berbeza-beza agar kita menolong satu sama lain. Kita juga tahu lagi besar pangkat dan darjat kita dikalangan manusia, makin besar risiko kita setelah kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan janji yang telah dilafaz oleh musuh sebenar kita. Dia menjadi musuh kita pun sebab enggan sujud dan dipimpin oleh makhluk bergelar manusia seperti kita.

Kalau banyak fitrah yang kita tahu, banyak perkara masa depan diberitakan kepada kita, kenapa kita masih mengagungkan barat dewasa ini? Kenapa kita mengiktiraf kesesatan mereka sebagai kemajuan dan ketamadunan? Kenapa kita merasa mereka begitu “high class”. Kenapa kita merasa Islam sebagai ketinggalan zaman? Kenapa mengenepikan “Allah’s Law”. Kenapa masih ada antara kita lebih sanggup berjiran dengan Yahudi dari berjiran dengan Hamas? Adakah selama ini kita juga turut tersesat? Kenapa kita kufur sedangkan kita tahu dari mana asal kita dan kemana akhirnya kita? Sebabnya....... kita tahu tetapi kita tidak sedar.........

Rabu, 18 Februari 2009

RENUNGAN


Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Isnin, 16 Februari 2009

Oh Negaraku Yang Tercinta

Negaraku yang tercinta. Sejak aku celik mata dan sedar akan kehidupanku di atas muka bumi Allah yang bernama Malaysia ini, Aku hanya sempat merasa kepimpinan Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah dan kalau panjang umur dan diizin Allah munkin pula Datuk Seri Najib.
Dulu aku dengar cerita Wawasan 2020. Aku pun tak pasti sangat apa kebenda yang PM masa tu rancang sebenarnya. Tapi sekarang aku menikmatinya. Aku menaip posts ini kat noodles station. Berhawa dingin, minum teh tarik. Internet free. Letrik free. Aku kesini naik lrt je, mudah dan tak jem (mudah pakai drebar gaji murah ni. Aku bayar RM 1.20 je.) Sekarang aku faham apa matlamat wawasan 2020 tu. Aku pasti, pasti ada specs untuk diiktiraf sebagai negara maju.... Cuma aku tertanya juga, kita ni dah capai specs ker? Dah diiktiraf negara maju ke? Sebab dah lama tak dengar dan tengok menteri-menteri buat magik untuk kebaikan rakyat. Contohnya seperti kewujudan Putrajaya, KLCC,Monorel, Cyberjaya walau pun tak berjaya sangat tapi orang kolumpo dapat pakai internet free bro disebabkan MSC.
Kalau stakat magic lompat-lompat parti, tukar gomen, ada la. Tp bg aku secara peribadi la, itu bukan magic. Itu gila kuasa namanya. Tak ada effect apapun kat aku ni. Dia orang la yang syok sebab menang dan dapat kuasa. Yang kalah merana la. Aku cam aku juga la.
Putrajaya yang gah tu, sepatutnya diselenggara dengan baik, boleh ler kontraktor cari makan. Kan baik untuk ekonomi tu. Putrajaya tu kalau tak jaga dengan baik cepat rosak tu. Orang yang kerja dan berurusan selalu di Putrajaya tahu la maksud aku ni.
Dunia dilanda masalah ekonomi. Malaysia ditambah dengan krisis politik dalaman. Aku bersembang dengan seorang kawan yang baru habis AGM Masjid kat tempat dia. Sekali lagi aku terkejut dan terasa terasing berada dalam bangsaku sendiri. Yang ada diminda aku, masjid tempat beribadah. Masjid tempat komuniti merancang hal-hal kebaikan untuk komuniti setempat. Untuk semua ahli qariah. Masjid rumah Allah. Betul rupanya cerita orang. Ada dua parti berebut pentadbiran masjid. Malu kat tok sami Batu Caves. Tak pernah dengar rebut kuasa pun. Inilah dia, kesan bila kita meletakkan bangsa atau parti politik ditempat pertama, agama ditempat kedua.
Aku jumpa ramai jenis manusia. Kebetulan aku pernah berkhidmat untuk TUDM selama 15 tahun dan pernah berkhidmat sampai Sabah dan Sarawak. Mula-mula pergi masjid niat dia ikhlas nak berjemaah. Bila dah familiar nak jadi AJK masjid pulak. (Kena faham, nak jadi dan kena lantik berbeza) Bila nawaitu tu dah lari, inilah hasilnya. Kita ni dalam sembahyang pun, walaupun sembah Allah dalam masa yang sama berfikir benda-benda lain, itu pun dah tak diterima Allah. Sebenarnya dia menyembah perkara lain bukan Allah. Begitulah juga dalam perbuatan dan pekerjaan kita seharian. Bila nawaitu dan seiringan dengan perkara lain, atau lebih teruk lagi kalau nawaitu dah bertukar untuk menunjuk pandai atau mencari kepentingan, maka benarlah kata Allah, hilanglah niat yang ikhlas tadi, yang tinggal perjuangan untuk menunjuk pandai dan mencari kepentingan.
Aku berdoa agar aku tidak tergolong ke dalam mereka yang begitu. Dan aku berdoa agar masyarakatku cepat bangun dari khayalan mereka. Aku dapat email hari ini kelahiran bayi bermata satu di Israel. Walau apa pun, think positif, pintu taubat masih terbuka.....