Negaraku yang tercinta. Sejak aku celik mata dan sedar akan kehidupanku di atas muka bumi Allah yang bernama Malaysia ini, Aku hanya sempat merasa kepimpinan Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah dan kalau panjang umur dan diizin Allah munkin pula Datuk Seri Najib.
Dulu aku dengar cerita Wawasan 2020. Aku pun tak pasti sangat apa kebenda yang PM masa tu rancang sebenarnya. Tapi sekarang aku menikmatinya. Aku menaip posts ini kat noodles station. Berhawa dingin, minum teh tarik. Internet free. Letrik free. Aku kesini naik lrt je, mudah dan tak jem (mudah pakai drebar gaji murah ni. Aku bayar RM 1.20 je.) Sekarang aku faham apa matlamat wawasan 2020 tu. Aku pasti, pasti ada specs untuk diiktiraf sebagai negara maju.... Cuma aku tertanya juga, kita ni dah capai specs ker? Dah diiktiraf negara maju ke? Sebab dah lama tak dengar dan tengok menteri-menteri buat magik untuk kebaikan rakyat. Contohnya seperti kewujudan Putrajaya, KLCC,Monorel, Cyberjaya walau pun tak berjaya sangat tapi orang kolumpo dapat pakai internet free bro disebabkan MSC.
Kalau stakat magic lompat-lompat parti, tukar gomen, ada la. Tp bg aku secara peribadi la, itu bukan magic. Itu gila kuasa namanya. Tak ada effect apapun kat aku ni. Dia orang la yang syok sebab menang dan dapat kuasa. Yang kalah merana la. Aku cam aku juga la.
Putrajaya yang gah tu, sepatutnya diselenggara dengan baik, boleh ler kontraktor cari makan. Kan baik untuk ekonomi tu. Putrajaya tu kalau tak jaga dengan baik cepat rosak tu. Orang yang kerja dan berurusan selalu di Putrajaya tahu la maksud aku ni.
Dunia dilanda masalah ekonomi. Malaysia ditambah dengan krisis politik dalaman. Aku bersembang dengan seorang kawan yang baru habis AGM Masjid kat tempat dia. Sekali lagi aku terkejut dan terasa terasing berada dalam bangsaku sendiri. Yang ada diminda aku, masjid tempat beribadah. Masjid tempat komuniti merancang hal-hal kebaikan untuk komuniti setempat. Untuk semua ahli qariah. Masjid rumah Allah. Betul rupanya cerita orang. Ada dua parti berebut pentadbiran masjid. Malu kat tok sami Batu Caves. Tak pernah dengar rebut kuasa pun. Inilah dia, kesan bila kita meletakkan bangsa atau parti politik ditempat pertama, agama ditempat kedua.
Aku jumpa ramai jenis manusia. Kebetulan aku pernah berkhidmat untuk TUDM selama 15 tahun dan pernah berkhidmat sampai Sabah dan Sarawak. Mula-mula pergi masjid niat dia ikhlas nak berjemaah. Bila dah familiar nak jadi AJK masjid pulak. (Kena faham, nak jadi dan kena lantik berbeza) Bila nawaitu tu dah lari, inilah hasilnya. Kita ni dalam sembahyang pun, walaupun sembah Allah dalam masa yang sama berfikir benda-benda lain, itu pun dah tak diterima Allah. Sebenarnya dia menyembah perkara lain bukan Allah. Begitulah juga dalam perbuatan dan pekerjaan kita seharian. Bila nawaitu dan seiringan dengan perkara lain, atau lebih teruk lagi kalau nawaitu dah bertukar untuk menunjuk pandai atau mencari kepentingan, maka benarlah kata Allah, hilanglah niat yang ikhlas tadi, yang tinggal perjuangan untuk menunjuk pandai dan mencari kepentingan.
Aku berdoa agar aku tidak tergolong ke dalam mereka yang begitu. Dan aku berdoa agar masyarakatku cepat bangun dari khayalan mereka. Aku dapat email hari ini kelahiran bayi bermata satu di Israel. Walau apa pun, think positif, pintu taubat masih terbuka.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bropro, bila baca luahan lu ini, secara automatik gua terbayang topeng-topeng tengkorak yang melata di hamparan bumi berTuan ini. Yang sepatutnya perilaku dan tindak tanduk berlandaskan 'tali' yang telah diunjurkan dan 'cahaya' yang telah disinarkan sejak dari mula akal berfungsi.
BalasPadamLupa atau tidak mengenali diri membuatkan genggaman 'tali' tadi menjadi longgar dan menggelonsor, walaupun sebelah tangan sambil lewa masih memaut dan sebelah lagi kepingin sangat ingin mencapai sesuatu yang dianggap kekal.
Begitulah manusia, selagi otak yang bersifat 'baru' ini mencintai daki dunia melebihi dari yang sepatutnya dicintai akan kekallah memegang watak-watak keji di muka bumi berTuan ini.
'ILAHI ANTA MA'SUDI WAREDHAKA MATLUBI'
"Hai Ya Allah, Kaulah Yang Aku Maksudkan Dan Keredhaan Engkaulah Yang Aku Tuntut."