Ahad, 14 Jun 2009

HUBUNGAN SESAMA INSAN

Mengikuti cerita seperti Gillmore Girl dan Mc leod's Daughter aku tertarik dengan konsep kehidupan bandar kecil di Eropah dan Australia. Perniagaan yang dijalankan semestinya bertujuan untuk keuntungan bagi meneruskan kehidupan. Tetapi di dalam masa yang sama, perniagaan yang dijalankan adalah merupakan sumbangan kepada komuniti setempat yang amat memerlukan bidang perniagaan yang dijalankan oleh setiap individu di dalam karektor yang dimainkan bagi meneruskan kehidupan.
Misalnya bengkel mekanik, pam minyak, ladang dan segala macam bentuk perniagaan yang dijalankan di bandar kecil tersebut adalah merupakan kepentingan bagi kominiti setempat. Kemahiran menguruskan perniagaan dan kerjasama komuniti setempat merupakan elemen penting. Bukan keuntungan semata-mata yang menjadi agenda utama. Bentuk perniagaan yang dijalankan disana adalah dari keperluan komuniti setempat yang mana sememangnya menjanjikan keuntungan.
Untuk perbandingan yang adil, kampung-kampung kita di Malaysia, adakah lagi bentuk kehidupan sebegini. Dewasa ini, orang-orang kita lebih terdorong mengejar kemewahan duniawi. Kita mengukur sesama manusia dengan harta. Siapa yang lebih kaya, dipuji dan dipuja. Untuk mencapai kemewahan, keuntungan lebih penting dari semuanya. Jadi apa yang boleh dicapai di kampung-kampung? Inilah sebabnya anak-anak muda kampung berhijrah ke bandar-bandar. Hanya pesara-pesara yang berhijrah dari kota ke desa.
Hubungan dengan Maha Pencipta dan hubungan sesama manusia dipinggirkan. Sebenarnya, banyak yang boleh dicapai didalam hidup ini. Kembalilah kepada fitrah kita dijadikan di dunia ini. Jagalah hubungan kita dengan Maha Pencipta kita, jagalah hubungan kita sesama insan. Kedamaian hidup, keselesaan hidup dan kebahgiaan hidup akan hadir bila kita mengenali diri kita yang sebenarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan