Jumaat, 5 Ogos 2011

RAMADHAN SI YATIM

Bila Ramadhan, amat terasa bila dah yatim piatu. Susah-senang tanggung sendiri. Tiada tempat mengadu. Tiada ibu yang memberi semangat. Hanya doa buat ibu yang sentiasa dirindui. Apalah erti kesenangan dunia tetapi tidak dapat dikongsi dengan ibu yang dicintai....

Tiada lagi kebahagian buat diri sendiri, hanya memberi kebahagiaan kepada generasi baru. Agar mereka tidak merasa apa yang dirasa....

1 ulasan:

  1. Satu anugerah ILLAHI pada insan-insan terpilih.
    Al Quran dah tunjukkan.
    Dari awal Nabi Adam dijadikan, Nabi Isa dihidupkan tanpa bapa, Nabi Muhamad s.a.w dibesarkan tanpa ibu dan ayah.
    Itulah keistimewaan insan-insan terpilih, hanya diri mereka dan ALLAH.
    'ILAHI ANTA MAKSUDI WAREDHAKA MATLUBI'
    "Hai Ya ALLAH kau lah yang aku maksudkan dan keredhaan engkaulah yang aku tuntut".

    BalasPadam