Ahad, 25 September 2011

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT

YANG TERSURAT DAN TERSIRAT (MENCARI TITIK PERBEZAAN DAN PERSAMAAN)

Semalam PM kayuh basikal dengan Ketua Menteri Penang (KMP). PM pakai baju 1Malaysia. Tanda memertabatkan agenda 1Malaysia. KMP pakai baju kuning. Simbolik menyokong himpunan BERSIH untuk ketelusan pilihanraya. Majlis yang di hadiri adalah Kayuhan Amal 1Malaysia. Tujuan majlis adalah bagi mengutip dana kepada 15 Sekolah Kebangsaan dan Persendirian CINA di Pulau Pinang.

YANG TERSURAT (MENCARI TITIK PERBEZAAN)
Semalam akhbar MM melaporkan Tun Mahathir bertanya pada Tuan Guru Nik Aziz, adakah beliau akan meggunakan Hudud kepada bukan Islam? Adakah non muslim akan hanya dipenjara dan muslim akan dipotong tangan bagi kesalahan yang sama?

Ramai yang akan menyokong beliau. Ramai yang akan menyanggah beliau. Hukum Allah adalah sempurna. Umat Islam bayar zakat, bukan Islam bayar Jizziah. Ramai yang akan menuding jari mengatakan beliau mempertikai hukum Allah. Tun Mahathir sebenarnya mempertikaikan Tuan Guru Nik Aziz dan PAS. Dia juga Islam. Saya tak fikir dia akan mempertikai hukum Allah. Tapi kenyataan beliau akan mengundang kontroversi.

Tuan Guru Nik Aziz juga pemimpin. Pasti ada serang balas atau jawapan dari beliau selepas ini.

YANG TERSIRAT (MENCARI TITIK PERSAMAAN)

Pemimpin menikmati rahmat yang dikurniakan Allah. Rahmat terbesar adalah aura atau penampilan jati diri. Dengan aura ini, maka ramailah pengikut mereka. Dengan ramainya pengikut maka mereka dinamakan pemimpin. Setiap kenyataan dan tindakan dari mereka, akan menjadi ikutan dan amalan para pengikut mereka. Namun begitu mereka juga manusia. Harapan saya sebagai pengikut, berhati-hati menilai. Jangan sampaiberpecah belah dan tergugat akidah.

Ahli UMNO adalah orang Melayu. Rata-rata orang Melayu Malaysia beragama Islam. Ahli PAS adalah umat Islam Malaysia. Majoriti umat Islam Malaysia adalah Melayu.

PENGAJARAN DARI SEJARAH ISLAM

Perjanjian Hudaibiah antara Rasulullah S.A.W dan puak musyrik Quraish. Syarat perjanjian yang berat sebelah. Para Sahabat Rasulullah S.A.W tidak berpuas hati tetapi taat pada Baginda. Akhirnya, kota Mekah yang menjadi tanah air puak musyrik menjadi milik Kaum Muslimin.

KESIMPULAN YANG YANG BELUM TERSIMPUL

Untuk mendapatkan PERPADUAN MELAYU ISLAM:

1. Para pemimpinlah yang perlu mencari titik persamaan di antara mereka. Barulah rakyat bersatu padu. Kerana Umat Islam dan Orang Melayu, taat pada pemimpin.

2. Para pemimpinlah perlu menjadi tauladan, berperwatakan menarik dan mudah didampingi kawan dan lawan, barulah agenda melayu dan perjuangan Islam mudah diterima pakai semua rakyat jelata.

3. Kepentingan rakyat adalah agenda utama, maka utamakanlah kepentingan rakyat berbanding kepentingan politik.

Hari ini, akhbar BH di muka depan menyiarkan gambar PM dan KMP mengayuh basikal. Sorang baju putih, sorang baju kuning. Kayuhan Amal 1Malaysia bagi mengutip dana kepada 15 Sekolah Kebangsaan dan Persendirian CINA di Pulau Pinang.

Siapa yang untung sebenarnya? Semoga saya belajar dari pengalaman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan