Kita tahu asal-usul kewujudan kita dimuka bumi Allah ini. Tak kira berkulit gelap, berhidung mancung, berambut ikal dan berbangsa-bangsa. Asal-usulnya dari Nabi Adam a.s. dan Hawa. Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Dan kita sepatutnya sedar betapa besarnya kuasa Allah dari satu pasangan manusia menjadi berbilang bangsa.
Kita juga tahu siapakah penyebabnya Nabi Adam diturunkan di muka bumi ini.
Kita juga tahu siapakah musuh sebenar kita di atas muka bumi Allah ini. syaitan laknatullah. Makhluk inilah yang telah berjanji kepada Yang Maha Pencipta untuk menyesatkan kita.
Kita tahu Al-Quran itu kalam Allah. Al-Quran menceritakan segalanya kepada kita. Panduan atau manual untuk kita hidup di atas muka bumi Allah. Kita juga diceritakan tentang cerita-cerita lalu sebagai pengajaran. Kita juga diceritakan perkara-perkara yang bakal berlaku sehingga muka bumi Allah ini dihancurkan. Kita juga dijanjikan akan dikembalikan kepada Yang Telah Mencipta Kita Dan Sekelian Alam.
Kita tahu Rasul adalah dari kalangan manusia. Kita tahu Rasul-Rasul itu diutus kepada kita. Kita tahu kita ini umat siapa. Kita tahu dikalangan bangsa-bangsa kita, bangsa manakah paling banyak diturunkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Kita tahu kenapa ianya begitu. Kita tahu bangsa apakah diatas muka bumi ini yang dilaknati oleh Yang Maha Pencipta. Yang diceritakan secara terang-terangan didalam Al-Quran. Kita tahu adanya kaum yang terpesong hingga mewujudkan apa yang kita panggil Kristian. Kita juga dibekalkan hadith-hadith dan sejarah untuk rujukan kita. Kita diceritakan tentang bangsa-bangsa dikalangan manusia pada masa itu yang berpecah belah dan jahiliah kemudian disatukan oleh Rasul dengan pegangan agama sedang bangsa-bangsa lain masih di dalam zaman gelap atau batu.
Kita tahu tugas utama kita adalah untuk menyembah Allah. Kita tahu cara-caranya dan waktu-waktunya. Selepas itu kita lakukan perkara-perkara yang kita tahu dan mampu bagi menikmati rezeki Allah mengikut kepandaian kita yang berbeza-beza agar kita menolong satu sama lain. Kita juga tahu lagi besar pangkat dan darjat kita dikalangan manusia, makin besar risiko kita setelah kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan janji yang telah dilafaz oleh musuh sebenar kita. Dia menjadi musuh kita pun sebab enggan sujud dan dipimpin oleh makhluk bergelar manusia seperti kita.
Kalau banyak fitrah yang kita tahu, banyak perkara masa depan diberitakan kepada kita, kenapa kita masih mengagungkan barat dewasa ini? Kenapa kita mengiktiraf kesesatan mereka sebagai kemajuan dan ketamadunan? Kenapa kita merasa mereka begitu “high class”. Kenapa kita merasa Islam sebagai ketinggalan zaman? Kenapa mengenepikan “Allah’s Law”. Kenapa masih ada antara kita lebih sanggup berjiran dengan Yahudi dari berjiran dengan Hamas? Adakah selama ini kita juga turut tersesat? Kenapa kita kufur sedangkan kita tahu dari mana asal kita dan kemana akhirnya kita? Sebabnya....... kita tahu tetapi kita tidak sedar.........

Memang sudah lumrah kita ni sebagai manusia, mengaku banyak yang kita tahu, tapi sebenarnya lebih banyak yang kita tak tahu. Kadang-kadang yang sedih tu bila kita sendiri tak tahu yang kita tu tak sedar ataupun kita tak tahu bagaimana nak sedarkan diri kita sendiri. Contohnya kita tahu dan banyak kali diberitahu bahawa merokok itu membahayakan kesihatan diri kita, tapi kebanyakkan kita masih tak mahu sedar akan akibatnya atau kita sendiri tak tahu nak sedarkan diri kita sendiri.
BalasPadamKita tahu siapa Mahathir, tapi adakah kita kenal siapa Mahathir. Kita tahu siapa kita dan siapa tuhan kita tak bermakna kita betul-betul kenal diri kita dan tuhan kita. Kita tahu apa ugama kita dan memang kita hidup dalam cara ugama kita.
Ibaratnya sebagai kiasan, kita tahu ikan yang sejak turun temurun berpuluh ribu tahun hidup dalam air laut yang sememangnya masin, tapi kenapa masih kena tambahkan garam untuk masak dan makan ikan itu. Telah dikatakan kita ini beruntung dilahirkan dalam ugama kita, ISLAM, tapi apakah kita ini benar-benar telah Islam secara menyeluruh, zahir dan batin? Inilah titik permulaan datangnya kesedaran.
Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita saling berpesan untuk kebaikan. Kita saling ingat-mengingati ke arah jalan yang diredhai. Ada yang akan terus berubah kearah kebaikan. Ada yang mahu tunggu untuk kenal Allah sedalam-dalamnya baru mahu berubah. Terpulang pada individu yang ingin menerima secara positif atau sebaliknya. WAllahua'lam
BalasPadam