Terdapat juga parti yang memperjuangkan agama juga parti yang memperjuangkan hak seperti PAS dan KEADILAN.
Tetapi malangnya, tidak ramai rakyat yang memahaminya sehingga sanggup berpecah belah sesama bangsa. Hinggakan ada yang terlalu taksub pada pemimpin mereka sehingga salah dan betul pemimpin mereka juga adalah semata-mata BETUL. Apa juga yang dilakukan oleh pengikut parti lain adalah salah semata-mata. Padahal memperjuangkan perkara yang sama.
Bila ini berlaku, pemimpin dah ada advantage untuk menguntungkan kepentingan peribadi mereka.
Agama/Bangsa/Hak yang sepatutnya dimenangkan sebab tujuan asal politik tadi telah menjadi agenda yang jatuh tercorot dan kepentingan peribadi mengambil alih tujuan utama. 


Rakyat juga kurang yang mengetahui akan kebaikan dan kelemahan sistem pemerintahan seperti diktator dan demokrasi.
Maka mulalah tuduh menuduh dan berpecah belah. Ada yang menjadi kumpulan pembela bangsa, tetapi menjadi penyebab utama bangsa mereka lemah kerana berlainan ikutan parti politik. Ada yang menjadi kumpulan pembela agama, tetapi masih tidak dapat bersatu dengan saudara seagama kerana berlainan ikutan parti politik. Tujuan utama politik parti-parti sudah tidak tercapai.
Pesan orang tua-tua, BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH. Jadi rakyat jangan terlalu taksub pada pemimpin politik. Kita yang yang tentukan mereka, jangan biarkan mereka terus terleka.
Barulah kita yang sebangsa dan seagama ini TEGUH.

Para pemimpin politik tu, dah carier mereka begitu, biarlah mereka berkempen dan bercakap apa yang mereka nak cakap. Yang kita rasa betul, betul lah. Yang kita rasa salah, salah lah. Jangan taksub. Mereka cari kita bila nak mengundi saja. Kita perlu teruskan kehidupan. Kita harus bersatu, tolong-menolong kerana kita sebangsa dan seagama. Kita perlu toleran pada bangsa-bangsa lain yang ada di negara kita dan muka bumi ini. Kita takkan boleh hidup sendiri. Kita perlu satu sesama lain. Buktinya tak kira kita bangsa apa sekali pun, kalau mereka mati, wajib kita kebumikan mereka. Begitu juga kita, wajib keatas mereka yang masih hidup.

Para pemimpin pun, sedar-sedarlah, dah ada rakyat yang lebih cerdik, lebih baik, lebih jujur kat luar sini. BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN WALAUPUN BARANG SEKALI......