NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W
Sebagai seorang Islam baginda lah yang sepatutnya kita lebih kagumi dari semua makhluk di muka bumi ini. Tetapi aku mengaguminya bukanlah kerana mengikut-ngikut orang yang terdahulu. Aku mengagumi sifat-sifat yang Allah kurniakan kepadanya. Memang dia hamba yang terpilih. Betapa seorang manusia yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk membawa setiap seorang manusia yang wujud dan bakal wujud dimuka bumi ini agar mengetahui arah tuju, tanggungjawab SEBENAR-BENARNYA kehidupan didunia ini. Betapa seorang manusia perlu meyakinkan setiap seorang manusia muka bumi ini yang begitu berpuak-puak, berbagai pegangan yang pastinya berpuluh ribu halangan menantinya seorang.
Betapa seorang manusia mampu untuk mengasihi dan menyayangi umat-umatnya yang ada dan bakal lahir melebihi segalanya. Betapa seorang manusia berjuang dan berkorban untuk menunjuk jalan kebenaran kepada umat-umatnya.
Memang dia insan terpilih. Memang dia dibekalkan mukjizat. Memang di diberi pertolongan oleh Allah. Tetapi tidak semudah yang disangka, dia tetap diuji. Dan kerana pengorbanannya lah aku diberi rahmat menjadi hamba Allah didalam agama Allah. Puji dan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w.
MAK AKU - BIBI BT HJ ABDULLAH
Setelah umurku 5 bulan, ibu kandung ku meninggal. Mak (mak long) mengambil alih membela aku walaupun dia ibu tunggal dan bekerja kampung. 6 anaknya tidak termasuk aku. Dia tiada mukjizat. Tetapi dia dikurniakan rahmat Allah berbentuk iman dan pertolongan dari Allah. Hasilnya, aku menulis blog aku sendiri sekarang, walaupun ibuku tidak membaca dan menulis. Dia juga diuji. Mungkin lebih sedikit dari orang-orang lain. Kini ujian buat dia didunia ini telah pun berakhir. Walaupun jasadnya tidak dapat aku tatap dan peluk lagi, dia tetap terbayang dimataku setiap hari. Dia bertakhta dihati ini. Dia adalah antara rahmat Allah yang paling besar Allah kurniakan pada ku.
TUN MAHATHIR
Dia juga insan terpilih. Aku kagum dengan keupayaan yang Allah kurniakan kepadanya merancang masa depan. Disiplin yang ada padanya. Kejujuran dan bakti yang telah beliau curahkan pada negara ini. Memang dia insan terpilih yang dikurniakan sedikit kelebihan dan kesempatan untuk rakyat seperti aku mengecap sedikit nikmat dunia seperti ilmu dan kedamaian. Dia juga diuji dan akan terus diuji.
SIR ALEX FERGUSON
Kadang-kadang geram dan sakit hati melihat gelagatnya dan mendengar komennya. Tetapi mempertahan kejuaraan dan prestasi selama berpuluh-puluh tahun bukan kerja mudah atau mengharap nasib menyelebahi. Tetapi kemampuan berfikir dan membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat walaupun tidak disenangi merupakan kelebihan beliau.
Beliau tidak pernah mengambil pemain ternama EPL memasuki pasukannya. Kesemua pemain pasukannya tidak dikenali pada asalnya. Tetapi kesemua pemain pasukannya adalah pemain ternama EPL setelah menyertai pasukannya.
VAN PERSIE, SAMEER NASRIE & FABREGAS
Pertamanya memang kerana aku 'buyers'. Sebab aku penyokong pasukan arsenal walaupun kadang-kadang aku terpaksa panggil arsengal. Mungkin Ronaldinhio, Ronaldo (MU), Van Persie, Lampard dan Kapten Liverpool (Gerald) lebih hebat dari mereka ni. Tetapi yang aku kagum tentang mereka ni, usia mereka sangat muda. Namun mereka mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi dan bersaing pula didalam EPL. Mungkin belum atau tidak bergelar juara lagi. Tetapi mereka berada dikelompok diantara yang terbaik dengan pasukan-pasukan yang mempunyai pemain yang sangat bagus, mempunyai pengalaman yang lebih banyak dari mereka. Steady lah The Gunners......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan