Selasa, 21 Julai 2009

OH MALAYSIAKU VS MANUTD NYA

First game M'sia VS Man Utd aku tonton dalam kaca tv saja. Not bad those Malaysian's Hero. Kalau main cam ni, Thailand pun tak bleh gigit ni bro....
Man Utd tak yah crita la... Satu donia tahu kehebatan mereka.
2nd game M'sia vs Man Utd aku pegi stadium. Nak rasa sendiri aura sebagai penyokong pasukan negara tercinta. Tak mengharapkan menang, sekadar nak feel melawan dari pasukan negara. Harapan aku, sekurang-nya dapat melihat langkah pertama peningkatan mutu bolasepak negara.
Perkara pertama yang aku nampak dalam padang kat stadium hari tu, size player. Agak ketara. Cuma Rooney ngan Owen je ada size kita. Perkara kedua adalah perbezaan sikap antara kedua pasukan. Man Utd glamour dan kaya tapi humble. Standard aaar, tetamu. Our hero yang dibandingkan dgn Man Utd kira "under dog" la... Tapi semangatnya peh! Bangga abih tu... Tak tahu lah pasal nak malu kan Man Utd atau bangga boleh main ngan Man Utd.
Bila game start aku mula nampak strategi Man Utd dan Malaysia. Raja Gopal pun not bad bro...
Tapi individual skill setiap seorang pemain Man Utd bagai langit dan bumi dibanding dgn "our hero" kononnya. Kesian Raja Gopal. Hantaran pemain-pemain kita sama standard jer dgn kita yang main kat padang-padang awam ni. Nothing special macam hantaran rooney kat nani masa first game dulu.

2nd half membongkar segala pekong didada. Minit ke 70, Man Utd memasukkan player-player handalan mereka. Rooney, Nani, Anderson cuma alex ferguson je tak masuk. Malaysia pulak mengeluarkan indra putra (star 1), amri yahyah(star 2), zamani misbah(star 3), zaquan(star 4). Tinggallah bebudak tak tahu nama kat belakang jersi tu bertarung. Tapi bebudak ni beberapa kali boleh menguji keeper Man Utd. Masa ada star tadi, langsung tak der try.

Yang aku nampak dari mula, zaquan tak habis-habis salahkan orang yang "kononnya" salah hantar bola kepadanya. Sama la juga ngan amri yahyah tu. Indra move solo je. Mcm tak minat nak support zaquan. amri, zaquan, indra macam tak minat nak main bersama. Maklumlah STAR.

Aku teruja nak tahu, what so special bout rooney, owen, berbatov, giggs, scholes? Aku dapat jawapan malam tu. Dia orang ni skill individu tinggi. Mungkin beli kat The Harrolds la kot. Player kita tak mampu nak beli. Masuk kat Man Utd cuma nak apply strategi Dato' Alex jer. Hantaran yang tepat, lorongan yang memudahkan rakan sepasukan. Strategi yang sentiasa menjadi disebabkan individual skill yang tinggi. Anderson tu cool giler. Sambil senyum je main. Berlari kejar bola jauh giler, pastu try pun tepat. Tak penat ke dia. OOOo beli skill kat The Harrolds kot.
Aku sarankan, mana2 ahli korperat yang kaya boleh sponsor "Our Hero" shopping kat The Harrolds, baru mutu bolasepak negara akan maju. Sian kat dia orang tu. Tak larat nak training sendiri. Raja Gopal pun satu, ajar strategi jer, lain kali ajar le sama.....free kick cam becham ke, roberto carlos ke, jimnastik cam nani ke. Sian bebudak tu. Ngan siam pun tak lalu, inikan pulak the red devil's. Aku komen bagi pihak dato' alex: Malaysia is just a nice place. The facilities are excellent. But try again next year....

















2 ulasan:

  1. Salam Smallboss,
    Orang kata peluang tak datang 2x. Nak tengok team favourite main secara live, mungkin takde lagi kot? Nak pegi Old Trafford lagilah, sedangkan di Jalil Hill pun terkucil.
    Tentang team negara sendiri ni....takleh lah...
    cuba2 juga selitkan di hati nak jadikan favourite..nghh..takleh..tapi kira rezeki dia oranglah dapat main dengan team orang2 yang diciptakan Allah untuk perform di atas padang bola. Dia orang pun diciptakan kejurusan tu juge..tapi tak berapa nak menjadilah pulak. Tapi nak kata tak swing all out, tengok macam bermati-matian main. Atau banyak tu aje ke kederat, skill dan akal yang ada? Sama aje kot, manusia ni. Cuma mungkin orang kita ni tak berapa pandai nak menyatukan kederat, skill dan akal. Kederat ada, skill dan akal pulak tak ikut. Kekadang kederat dengan skill ada, akal pulak tercicir. Yang ada tu..kederat dengan akal ada tapi skill berterabur. Dalam diri sendiri pun takleh nak disatukan, camne nak bersatu dalam berkumpulan. Gua cuba jadikan diri gua duduk ditempat dia orang. Tak taulah mungkin assessment gua silap. Orang kata, komen tu memanglah senang dari sendiri laksanakan.
    Yang buat lagi senak perut tu, ada yang baru main friendly game dengan team terkenal..dah ada puullakkk gossip bercinta dengan artis..aduuhh.., baru semalam lawan, dah keluar paper cerita yang tak sepatut diambil tau. "Ada aku kesah" cerita2 macam tu. Kadang2 pemberita ni yang buat sial. Dia orang yang lebih2, konon2 berita ni hangatlah, orang2 semua tak sabar nak taulah konon. Peminat tu mungkin juga, tapi entah berapa kerat orang aje. Ceritalah..Dato' Alex mungkin nak ambil salah seorang player kita jadi player angkat MU(macam anak angkat..gitu) sedap sikit orang2 nak dengar, peminat pun tumpang bangga. Nak cerita Dato' Alex nak beli player kita.....................jauh lagi kot? Atau Dato' Alex tak sabar nak bawa anak buah dia datang lawan lagi ke.., sejuk sikit telinga dengar. Entahlah...malaslah gua nak pikirkan.."LU PI..KIRLAH SENDIRI..!!!

    BalasPadam
  2. Betullah cino. Banyak sangat benda2 remeh yang diketengahkan dek media skang ni. Benda2 penting, kureng la plak. Dari politik, sukan, artis, ustaz, keagamaan pun bab2 yang popular dan dan glamour jer yang kuar.

    Bab2 yang betul penting, dan positif cam kureng jer. Gua masih berharap dan menyokong usaha bangsa kita untuk maju. Gua cuma meluahkan apa yang gua rasa patut kita usaha dan ubah.

    Bukti yang gua sayang dan mengambil peranan untuk kemajuan sukan yang gua sayang. Tapi gua pikir, gua cuma boleh bagi pendapat. Dia orang nak dengar, nak paham dan nak implement tu terpulang pada mereka.

    Masa gua untuk semua tu dah berlalu. Pun begitu, gua cuba betulkan apa yang yang gua rasa perlu. Gua pikir cam lu suruh gua pikir. Gua harap mereka pun pikirlah sendiri. Sementara masih ada orang yang macam gua(masih sayang dan sudi menegur)

    BalasPadam