Aku cuma beraya di KL bersama anak dan isteri. Sementara menunggu pembedahan jantung isteri okt nanti, kami tidak boleh mengadakan perjalanan yang jauh bagi mengelak keadaan isteri menjadi lebih parah.Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Malahan anak sulong yang akan menduduki peperiksaan UPSR seminggu dua lagi. Dan si bongsu yang baru berusia 4 bulan, lebih selesa berada di rumah dari di luar rumah. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Perbelanjaan untuk pembedahan juga menelan belanja puluhan ribu ringgit. Berjimat adalah lebih baik dari berbelanja besar di ketika ini. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Kadang-kadang Allah sembunyikan banyak perkara dari pengetahuan kita, untuk kebaikan kita. Ya lah...kalau aku tahu sejak Januari lalu keputusan UPSR yang akan anak aku dapat pada November nanti, tak perlulah dia bergelut sangat nak periksa. Tak perlulah aku beriya sangat nak bayar yuran tuisyen dia. Keputusan dari Allah...tentunya semua benar. Tetapi Allah sembunyikan keputusan itu dari aku dan anak aku agar kami terus berusaha dan tabah. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Begitulah juga nasib kami selepas Oktober nanti...Allah sembunyikan dari kami. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Aku dan isteri rindukan ibu dan kampung halaman kami. Ibu dan abah yang menantikan kepulangan kami dan cucu-cucu mereka. Keterujaan mereka untuk memasak makanan kegemaran kami sejak kecil, melihat mereka berbual dengan anak-anak kami, tetapi Allah telah mengambil semua itu dari kami agar kami terus tabah dan berusaha membina keluarga yang kami idamkan di masa hadapan. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Di dalam hidup ini, banyak yang Allah sembunyikan dari kita. Banyak juga yang Allah jelaskan pada kita melalui Al-Quran tetapi kita tak endahkan. Sikit sangat yang kita tahu dari yang banyak Allah kalamkan pada kita hambaNya. Kita hanya mengukur kesenangan dunia, siapa lebih kaya dikalangan kita, berumah besar, kereta mewah, telefon canggih dan berbagai ukuran dunia lagi. Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada aku, isteri dan anak-anak agar terus tabah di dalam meneruskan kehidupan mendatang. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Kalau isteri dan anak-anak meminta rumah yang besar, kereta mewah, perhiasan mahal akan aku usahakan untuk mereka. Mereka hanya perlu bersabar. Tiada yang mustahil. Rezeki Allah untuk semua hambanya yang berusaha tak kira mereka beriman atau tidak. Tetapi kalau anak-anak meminta datuk dan nenek untuk mereka bermanja seperti sepupu-sepupu dan rakan-rakan mereka, aku tak dapat sediakan untuk mereka. Ianya takdir dari Allah. Aku dan isterilah ayah dan ummi mereka, kamilah juga datuk dan nenek mereka dan kamilah juga rakan-rakan mereka. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.
Aku tertarik dengan tazkirah Ustaz Tuan Ibrahim tuan Man semasa tazkirah Ramadhan yang lalu. Rezeki Allah untuk semua hambanya yang berusaha tak kira mereka beriman atau tidak. Tetapi agama Allah untuk mereka yang Allah kehendaki sahaja. Aku bersyukur kerana memiliki isteri dan anak-anak yang menyayangi aku sepenuh hati, menerima aku seadanya dan tidak meminta apa yang aku tidak mampu. Aku percaya perancangan dari Allah tentu lebih sempurna buat kami sekeluarga.

Tanpa kita sedar, sebenarnya kita adalah insan yang dipilih mengharungi apa-apa jua fenomena yang telah digubah khas untuk kita dengan apa yang diulit atau bergelora ke atas diri kita dan orang-orang yang kita sayang. Hamba-hambaNYA yang lain seumpama kita ini tidak akan dapat merasai atau melalui satu mertabat 'puncak nikmat' yang telah dan bakal kita harungi.
BalasPadamBersyukurlah dengan 'puncak nikmat' yang dianugerahkan kepada kita ini. Satu pengalaman hidup sementara yang tak dapat kita gubah sendiri.
Saya juga menumpang syukur dan berterima kasih kerana dipilih sama merasai 'puncak nikmat' yang pada hakikatnya bukan milik saya.
Perancangan dan ketetapan ALLAH itu 'TAKDIR'.
Perancangan dan muslihat manusia itu 'USAHA'.
"ALLAHI ALLAH KIYA KARO"