Rabu, 2 September 2009

SaLaM RaMaDHaN Al-MuBaRak

Kehadiran Ramadhan yang mulia ini, banyak lah benda-benda yang barakah terhidang di depan mata. Alhamdulillah. Dari berbuka dengan kurma, solat berjemaah, berterawikh, tazkirah, amal jariah, berzakat fitrah, bertadarus, qiamullail dan berbagai ibadah lagi.

Surau ditempat aku, mengamalkan 8 terawikh, 3 witir dan tazkirah ramadhan setiap hari. Alhamdulillah. Siaran Astro juga penuh dengan rancangan-rancangan berbentuk tazkirah. ArRayyan, Bahtera Perubahan dsbnya. TV9 juga dengan Muqaddimah, Tanyalah Ustaz, Halaqah, tidak ketinggalan TV3 dan RTM.
Maha Suci Allah Yang Maha Adil, rebutlah peluang ini. Kata ustaz, Nabi Noh dan umatnya hidup selama 950 tahun lamanya. Berapa banyak pahala ibadah sebagai insan bertaqwa kepada Allah yang mereka bawa untuk dipersembah pada Allah. Kalau dikira cara kita lah, ibadat puasa sahaja (kalau di syariat pada mereka lah) dah 950 kali mereka sempat bawa. Maha Suci Allah Yang Maha Adil, rebutlah peluang ini. Sebagai umat Muhammad s.a.w. kita dijanjikan dengan pahala yang berlipat kali ganda.

Dalam Al Quran menyatakan asal kejadian manusia dari Nabi Adam. Hinggalah kepada Rasulullah s.a.w. Berkisar tentang bangsa Arab. Quraish, Yahudi dsbnya. Sebabnya bangsa-bangsa lain dimasa itu termasuklah USA, England, Russia, Melayu MALAYSIA, masih dalam kegelapan ataupun tinggal dalam gua lagi. Masyarakat Kristian pun mengiktiraf bangsa Arab ni. Nabi Isa misalnya, Nabi sebelum Rasulullah s.a.w. dari bangsa Yahudi. Mereka menerima baginda sebagai anak tuhan yang mereka sembah. Kenapa tidak dilantik dari bangsa eropah itu sendiri. Sebenarnya benar lah kalam Allah di dalam Al-Quran. Asal kejadian manusia dari Adam sehinggalah kita anak cucunya. Para Nabi dan Rasul adalah utusan Allah supaya kita kenal siapa kita.

Kita bukan pekerja kepada Allah. Setiap kerja perlu dibayar upah. Semua doa harus dimakbulkan. Kita hanyalah hamba Allah. Dia yang mencipta kita. Terpulanglah kepadaNya. Alhamdulillah, walaupun kita hamba ciptaanNya, Dia membiarkan kita bertindak sendiri dengan akal, iman, kitab dan Rasul yang diutusNya. Kalau kita mencipta sesuatu, pasti kita akan mengawalnya dari mula sampai selamanya.

Kata Ustaz, dosa manusia kerana tuntutan nafsunya, jika dia bertaubat, InsyaAllah Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang nescaya diampunkan Allah. Tetapi dosa manusia kerana keangkuhan, keegoan dan kesombongan mereka, samalah seperti keangkuhan syaitan kepada Allah semasa disuruh tunduk kepada Adam.

Bahtera Perubahan di Astro Oasis dengan tajuk Permudahkan Penyampaian Islam amat menarik. Islam itu mudah. Rasulullah sebagai utusan Allah kepada semua manusia, samada pedagang, artis, petani, pemimpin dan semua umat manusia. Kepada bangsa Arab, Eropah, Melayu dan semua keturunan Adam a.s.

Janganlah pandang Islam itu mundur, miskin, tidak relevan dan segala yang negatif. Masalahnya bangsa itu yang mengcampur adukkan adat resam bangsa mereka bersama cara hidup Islam.
Jangan jadikan Islam agama yang dipandang hina. Jadilah umat Islam yang bertaqwa, kaya dan kuat dimuka bumi ini. Semoga menjadi tauladan pada hamba Allah yang sesat agar kembali ke jalan Allah.

Islam sebenarnya kaya, up to date, mulia, agama dari Allah tuhan yang Maha Pencipta dan merupakan agama untuk kesejahteraan manusia dimuka bumi ini. Islam bukan sahaja agama untuk dunia semata mahupun akhirat semata-mata. Ianya untuk dunia dan akhirat yang kekal abadi. Jangan susahkan pemahaman Islam. Rasulullah berdakwah untuk mengIslamkan semua umatnya, maka permudahkan ia agar ramai yang mudah faham dan kembali ke jalan Allah.

Cuma kita yang berkiblatkan barat, meng ia kan pakaian mereka, meng ia kan muzik dan fesyen mereka, meng ia kan filem mereka, meng ia kan cara pentadbiran mereka, meng ia kan perniagaan mereka dan meng ia kan semua keluaran barat, maka apabila dunia dan kemahuan nafsu bertakhta di hati, maka Islam akan di lihat sebagai menyusah dan mundur.




















Selasa, 21 Julai 2009

OH MALAYSIAKU VS MANUTD NYA

First game M'sia VS Man Utd aku tonton dalam kaca tv saja. Not bad those Malaysian's Hero. Kalau main cam ni, Thailand pun tak bleh gigit ni bro....
Man Utd tak yah crita la... Satu donia tahu kehebatan mereka.
2nd game M'sia vs Man Utd aku pegi stadium. Nak rasa sendiri aura sebagai penyokong pasukan negara tercinta. Tak mengharapkan menang, sekadar nak feel melawan dari pasukan negara. Harapan aku, sekurang-nya dapat melihat langkah pertama peningkatan mutu bolasepak negara.
Perkara pertama yang aku nampak dalam padang kat stadium hari tu, size player. Agak ketara. Cuma Rooney ngan Owen je ada size kita. Perkara kedua adalah perbezaan sikap antara kedua pasukan. Man Utd glamour dan kaya tapi humble. Standard aaar, tetamu. Our hero yang dibandingkan dgn Man Utd kira "under dog" la... Tapi semangatnya peh! Bangga abih tu... Tak tahu lah pasal nak malu kan Man Utd atau bangga boleh main ngan Man Utd.
Bila game start aku mula nampak strategi Man Utd dan Malaysia. Raja Gopal pun not bad bro...
Tapi individual skill setiap seorang pemain Man Utd bagai langit dan bumi dibanding dgn "our hero" kononnya. Kesian Raja Gopal. Hantaran pemain-pemain kita sama standard jer dgn kita yang main kat padang-padang awam ni. Nothing special macam hantaran rooney kat nani masa first game dulu.

2nd half membongkar segala pekong didada. Minit ke 70, Man Utd memasukkan player-player handalan mereka. Rooney, Nani, Anderson cuma alex ferguson je tak masuk. Malaysia pulak mengeluarkan indra putra (star 1), amri yahyah(star 2), zamani misbah(star 3), zaquan(star 4). Tinggallah bebudak tak tahu nama kat belakang jersi tu bertarung. Tapi bebudak ni beberapa kali boleh menguji keeper Man Utd. Masa ada star tadi, langsung tak der try.

Yang aku nampak dari mula, zaquan tak habis-habis salahkan orang yang "kononnya" salah hantar bola kepadanya. Sama la juga ngan amri yahyah tu. Indra move solo je. Mcm tak minat nak support zaquan. amri, zaquan, indra macam tak minat nak main bersama. Maklumlah STAR.

Aku teruja nak tahu, what so special bout rooney, owen, berbatov, giggs, scholes? Aku dapat jawapan malam tu. Dia orang ni skill individu tinggi. Mungkin beli kat The Harrolds la kot. Player kita tak mampu nak beli. Masuk kat Man Utd cuma nak apply strategi Dato' Alex jer. Hantaran yang tepat, lorongan yang memudahkan rakan sepasukan. Strategi yang sentiasa menjadi disebabkan individual skill yang tinggi. Anderson tu cool giler. Sambil senyum je main. Berlari kejar bola jauh giler, pastu try pun tepat. Tak penat ke dia. OOOo beli skill kat The Harrolds kot.
Aku sarankan, mana2 ahli korperat yang kaya boleh sponsor "Our Hero" shopping kat The Harrolds, baru mutu bolasepak negara akan maju. Sian kat dia orang tu. Tak larat nak training sendiri. Raja Gopal pun satu, ajar strategi jer, lain kali ajar le sama.....free kick cam becham ke, roberto carlos ke, jimnastik cam nani ke. Sian bebudak tu. Ngan siam pun tak lalu, inikan pulak the red devil's. Aku komen bagi pihak dato' alex: Malaysia is just a nice place. The facilities are excellent. But try again next year....

















Ahad, 14 Jun 2009

HUBUNGAN SESAMA INSAN

Mengikuti cerita seperti Gillmore Girl dan Mc leod's Daughter aku tertarik dengan konsep kehidupan bandar kecil di Eropah dan Australia. Perniagaan yang dijalankan semestinya bertujuan untuk keuntungan bagi meneruskan kehidupan. Tetapi di dalam masa yang sama, perniagaan yang dijalankan adalah merupakan sumbangan kepada komuniti setempat yang amat memerlukan bidang perniagaan yang dijalankan oleh setiap individu di dalam karektor yang dimainkan bagi meneruskan kehidupan.
Misalnya bengkel mekanik, pam minyak, ladang dan segala macam bentuk perniagaan yang dijalankan di bandar kecil tersebut adalah merupakan kepentingan bagi kominiti setempat. Kemahiran menguruskan perniagaan dan kerjasama komuniti setempat merupakan elemen penting. Bukan keuntungan semata-mata yang menjadi agenda utama. Bentuk perniagaan yang dijalankan disana adalah dari keperluan komuniti setempat yang mana sememangnya menjanjikan keuntungan.
Untuk perbandingan yang adil, kampung-kampung kita di Malaysia, adakah lagi bentuk kehidupan sebegini. Dewasa ini, orang-orang kita lebih terdorong mengejar kemewahan duniawi. Kita mengukur sesama manusia dengan harta. Siapa yang lebih kaya, dipuji dan dipuja. Untuk mencapai kemewahan, keuntungan lebih penting dari semuanya. Jadi apa yang boleh dicapai di kampung-kampung? Inilah sebabnya anak-anak muda kampung berhijrah ke bandar-bandar. Hanya pesara-pesara yang berhijrah dari kota ke desa.
Hubungan dengan Maha Pencipta dan hubungan sesama manusia dipinggirkan. Sebenarnya, banyak yang boleh dicapai didalam hidup ini. Kembalilah kepada fitrah kita dijadikan di dunia ini. Jagalah hubungan kita dengan Maha Pencipta kita, jagalah hubungan kita sesama insan. Kedamaian hidup, keselesaan hidup dan kebahgiaan hidup akan hadir bila kita mengenali diri kita yang sebenarnya.

Selasa, 2 Jun 2009

PERMASALAHAN KITA


Malaysia kita sedang menghadapi banyak permasahan dewasa ini. Apa masalahnya?


i. Orang politik - Rasuah politik, fitnah kuasa, sifat tamak
ii. Orang berniaga - hasad dengki, pijak memijak sesama
sendiri, tamak
iii. Remaja - Masalah sosial, rempit, sex bebas, black
metal, derhaka
iv. Orang sukan - Asyik kalah tak pernah menang
v. Kakitangan kerajaan - rasuah, kemelut hidup
vi. Masalah Along, kesusahan dalm mendapatkan pinjaman bank, birokrasi dalam sistem, monopoli, menjatuhkan sesama sendiri dan banyak lagi. Itu masalah dari rakyat Malaysia sendiri.
Ditambah dengan masalah dengan tekanan dari negara-negara luar seperti penyangak mata wang, krisis ekonomi global, monopoli kuasa-kuasa besar. Belum dikira dari faktor bencana alam.

Terdapat satu persamaan rakyat Malaysia. Mereka suka bercerita tentang perkara-perkara yang disebut diatas tanpa ada kesepakatan yang hendak dilaksanakan. Sekadar bercerita, selepas itu menyalahkan pihak tertentu dan selepas bercerita, habis begitu sahaja dan tidak mahu memulakan perubahan. Ayat popularnya adalah, "biasalah kita orang melayu", "biasalah kita manusia", "memang sejak dulu lagi dah begitu".
Kesedaran takutkan Allah adalah jalan penyelesaian bagi kesemua masalah. Langkah pertama adalah kefahaman Islam perlu diperkukuh diperingkat TADIKA, sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. Yakinlah tiada satu bangsa pun dapat mengalahkan Islam. Tiada unsur-unsur lemah, unsur dimakan zaman, kezaliman, mahupun kepayahan di dalam agama sebenar ini. Tiada kurang sedikit pun dalam agama ini, di dalam mentadbir apa bangsa pun, golongan remaja, ahli politik, anak-anak, menjadi ketua keluarga, ahli keluarga dan apa-apa sahaja. Cukup sempurna. Sebab Originator Manufacturer kita yang membuat manualnya, Dia amat tahu apa yang diciptaNya.
Sedikit saja yang perlu kita modified dalam sikap sekarang.
i. Cerita macam-macam, ahli politik rasuah, pembangkang penipu, guru pemalas, polis rasuah,
last-last ceritanya tergantung, nak tunggu pihak berkuasa yang dituduh rasuah ambik
tindakan.


ii. Bila bercerita bab agama, ada yang kata ajaran sesat, kalau tak pun nak mencari Allah
sampaikan orang yang melihat pun takut nak masuk Islam. Punyalah susah, mencari tuan
guru umpana Hang Tuah berguru di Gunung Ledang. Islam yang sebenarnya mudah tetapi
Istiqamah.
iii. Bila bercerita bab-bab permasalahan menuding jari pada Dato' Bandar, ADUN, Ahli Parlimen,
Jurulatih, Pengurus Pasukan, Sultan dan semuanya bersalah. Di akhir cerita "nak buat
macam mana, ikut sajalah" ataupun "biasalah, kita kan manusia"

Kita harus berubah dari semua itu. Kita mungkin orang ke 100 berfikir begitu dari jutaan rakyat Malaysia. Tapi kita secara tidak langsung mendidik anak-anak kita menjadi orang yang ke 101 dan seterusnya. Rakan-rakan dan orang yang disekeliling kita juga mungkin berubah dengan izin Allah melihat perubahan kita. IsyaAllah, generasi kita dapat hidup aman, bersyukur, menerima Qada' & Qadar dari Allah dengan bijak dan penuh keimanan. Yakinlah pada Allah.









Selasa, 28 April 2009

POLITIK: PARTI, PEMIMPIN DAN RAKYAT

Dari bacaan dan pemahaman aku, politik membawa maksud perbuatan dan taktik yang diperlakukan bagi memenuhi perkara yang dihajati mengikut apa yang yang dikehendaki atau yang diperjuangkan. Misalnya dinegara ini, parti politik yang berteraskan bangsa Melayu (UMNO), India (MIC)dan Cina (MCA) serta bermacam lagi yang bertujuan bagi memperjuangkan kaum masing-masing. Parti pula adalah medium, atau pentas yang diperlukan untuk menggerakkan politik.

Terdapat juga parti yang memperjuangkan agama juga parti yang memperjuangkan hak seperti PAS dan KEADILAN.

Tetapi malangnya, tidak ramai rakyat yang memahaminya sehingga sanggup berpecah belah sesama bangsa. Hinggakan ada yang terlalu taksub pada pemimpin mereka sehingga salah dan betul pemimpin mereka juga adalah semata-mata BETUL. Apa juga yang dilakukan oleh pengikut parti lain adalah salah semata-mata. Padahal memperjuangkan perkara yang sama.

Bila ini berlaku, pemimpin dah ada advantage untuk menguntungkan kepentingan peribadi mereka. Agama/Bangsa/Hak yang sepatutnya dimenangkan sebab tujuan asal politik tadi telah menjadi agenda yang jatuh tercorot dan kepentingan peribadi mengambil alih tujuan utama.

Rakyat juga kurang yang mengetahui akan kebaikan dan kelemahan sistem pemerintahan seperti diktator dan demokrasi.

Maka mulalah tuduh menuduh dan berpecah belah. Ada yang menjadi kumpulan pembela bangsa, tetapi menjadi penyebab utama bangsa mereka lemah kerana berlainan ikutan parti politik. Ada yang menjadi kumpulan pembela agama, tetapi masih tidak dapat bersatu dengan saudara seagama kerana berlainan ikutan parti politik. Tujuan utama politik parti-parti sudah tidak tercapai.
Pesan orang tua-tua, BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH. Jadi rakyat jangan terlalu taksub pada pemimpin politik. Kita yang yang tentukan mereka, jangan biarkan mereka terus terleka. Barulah kita yang sebangsa dan seagama ini TEGUH.
Para pemimpin politik tu, dah carier mereka begitu, biarlah mereka berkempen dan bercakap apa yang mereka nak cakap. Yang kita rasa betul, betul lah. Yang kita rasa salah, salah lah. Jangan taksub. Mereka cari kita bila nak mengundi saja. Kita perlu teruskan kehidupan. Kita harus bersatu, tolong-menolong kerana kita sebangsa dan seagama. Kita perlu toleran pada bangsa-bangsa lain yang ada di negara kita dan muka bumi ini. Kita takkan boleh hidup sendiri. Kita perlu satu sesama lain. Buktinya tak kira kita bangsa apa sekali pun, kalau mereka mati, wajib kita kebumikan mereka. Begitu juga kita, wajib keatas mereka yang masih hidup.
Para pemimpin pun, sedar-sedarlah, dah ada rakyat yang lebih cerdik, lebih baik, lebih jujur kat luar sini. BUAT BAIK BERPADA-PADA, BUAT JAHAT JANGAN WALAUPUN BARANG SEKALI......

Rabu, 15 April 2009

INSAN-INSAN YANG AKU KAGUMI (SETAKAT INI)

NABI MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

Sebagai seorang Islam baginda lah yang sepatutnya kita lebih kagumi dari semua makhluk di muka bumi ini. Tetapi aku mengaguminya bukanlah kerana mengikut-ngikut orang yang terdahulu. Aku mengagumi sifat-sifat yang Allah kurniakan kepadanya. Memang dia hamba yang terpilih. Betapa seorang manusia yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk membawa setiap seorang manusia yang wujud dan bakal wujud dimuka bumi ini agar mengetahui arah tuju, tanggungjawab SEBENAR-BENARNYA kehidupan didunia ini. Betapa seorang manusia perlu meyakinkan setiap seorang manusia muka bumi ini yang begitu berpuak-puak, berbagai pegangan yang pastinya berpuluh ribu halangan menantinya seorang.

Betapa seorang manusia mampu untuk mengasihi dan menyayangi umat-umatnya yang ada dan bakal lahir melebihi segalanya. Betapa seorang manusia berjuang dan berkorban untuk menunjuk jalan kebenaran kepada umat-umatnya.

Memang dia insan terpilih. Memang dia dibekalkan mukjizat. Memang di diberi pertolongan oleh Allah. Tetapi tidak semudah yang disangka, dia tetap diuji. Dan kerana pengorbanannya lah aku diberi rahmat menjadi hamba Allah didalam agama Allah. Puji dan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w.

MAK AKU - BIBI BT HJ ABDULLAH

Setelah umurku 5 bulan, ibu kandung ku meninggal. Mak (mak long) mengambil alih membela aku walaupun dia ibu tunggal dan bekerja kampung. 6 anaknya tidak termasuk aku. Dia tiada mukjizat. Tetapi dia dikurniakan rahmat Allah berbentuk iman dan pertolongan dari Allah. Hasilnya, aku menulis blog aku sendiri sekarang, walaupun ibuku tidak membaca dan menulis. Dia juga diuji. Mungkin lebih sedikit dari orang-orang lain. Kini ujian buat dia didunia ini telah pun berakhir. Walaupun jasadnya tidak dapat aku tatap dan peluk lagi, dia tetap terbayang dimataku setiap hari. Dia bertakhta dihati ini. Dia adalah antara rahmat Allah yang paling besar Allah kurniakan pada ku.

TUN MAHATHIR
Dia juga insan terpilih. Aku kagum dengan keupayaan yang Allah kurniakan kepadanya merancang masa depan. Disiplin yang ada padanya. Kejujuran dan bakti yang telah beliau curahkan pada negara ini. Memang dia insan terpilih yang dikurniakan sedikit kelebihan dan kesempatan untuk rakyat seperti aku mengecap sedikit nikmat dunia seperti ilmu dan kedamaian. Dia juga diuji dan akan terus diuji.

SIR ALEX FERGUSON

Kadang-kadang geram dan sakit hati melihat gelagatnya dan mendengar komennya. Tetapi mempertahan kejuaraan dan prestasi selama berpuluh-puluh tahun bukan kerja mudah atau mengharap nasib menyelebahi. Tetapi kemampuan berfikir dan membuat keputusan yang tepat pada masa yang tepat walaupun tidak disenangi merupakan kelebihan beliau.

Beliau tidak pernah mengambil pemain ternama EPL memasuki pasukannya. Kesemua pemain pasukannya tidak dikenali pada asalnya. Tetapi kesemua pemain pasukannya adalah pemain ternama EPL setelah menyertai pasukannya.

VAN PERSIE, SAMEER NASRIE & FABREGAS

Pertamanya memang kerana aku 'buyers'. Sebab aku penyokong pasukan arsenal walaupun kadang-kadang aku terpaksa panggil arsengal. Mungkin Ronaldinhio, Ronaldo (MU), Van Persie, Lampard dan Kapten Liverpool (Gerald) lebih hebat dari mereka ni. Tetapi yang aku kagum tentang mereka ni, usia mereka sangat muda. Namun mereka mempunyai keyakinan diri yang sangat tinggi dan bersaing pula didalam EPL. Mungkin belum atau tidak bergelar juara lagi. Tetapi mereka berada dikelompok diantara yang terbaik dengan pasukan-pasukan yang mempunyai pemain yang sangat bagus, mempunyai pengalaman yang lebih banyak dari mereka. Steady lah The Gunners......

Isnin, 6 April 2009

AL KISAH




AL-KISAH

Di sebuah kampung yang tidak terlalu terpencil tetapi agak kecil, keadaan kampung kelihatan sejahtera tetapi penduduk kampung tersebut mempunyai masalah hendak memilih imam dikampung mereka.

Imam yang baru dilantik ini, adalah anak watan kampung ini, agak berumur dan merupakan timbalan imam sebelum ini. Hanya berpendidikan sekolah pondok tetapi menjadi pengunjung utama masjid sejak 30 tahun lalu sebelum dilantik menjadi AJK masjid sehinggalah dilantik memnjadi timbalan imam.

Mereka yang bersetuju dengan imam baru ini dinamakan Pasukan Lama. Mereka menyokong imam ini adalah dikalangan AJK-AJK masjid, jiran tetangganya dan mereka yang berfikiran sederhana.
i. Mereka menerima imam ini kerana imam ini adalah anak watan
kampung yang kenal dan memahami keperluan warga kampung.

ii. Mereka telah melihat kepimpinan imam ini sejak menjadi AJK masjid hingga menjadi timbalan imam agak sederhana. Jika ada yang tak kena di hati pun mungkin kerana kehendak imam sebelum ini.

iii. Mereka sudah agak pasti cara imam baru ini mengendali wang tabung masjid, pengurusan nikah kahwin dan kematian dikampung itu serta aktiviti-aktiviti mengimarahkan masjid tersebut.


KEMUNCULAN KONFLIK

Masalah muncul apabila terdapat seorang lagi yang dipercayai layak menjadi imam oleh sebilangan orang kampung tersebut. Maka wujudlah Pasukan Baru. Calon imam ini berasal dari kampung sebelah dan menjadi ahli qariah sejak 10 tahun lalu setelah berkahwin dengan isterinya yang berasal dari kampung tersebut. Calon imam ini mempunyai sijil yang diiktiraf dan mendapat sokongan dari warga lebih muda di kampung tersebut dan warga kampung yang berfikiran lebih berani serta mahukan perubahan.
i. Mereka mahukan imam ini kerana imam ini mempunyai sijil yang diiktiraf.

ii. Imam ini boleh membawa perubahan seperti bacaan surah menyamai di masjid luar negara seperti yang mereka lihat dikaca tv, tabung masjid boleh di utilize lagi dari cara penggunaannya sekarang dan sebagainya.
iii. Mereka ada mendengar teman sekuliah calon imam tersebut telah dilantik menjadi imam dikampung yang tidak jauh dari kampung tersebut dan khabarnya cemerlang mengikut cerita-cerita dari kampung sebelah serta cakap-cakap orang kampung setempat.

PERDEBATAN

Maka wujudlah perdebatan diantara AJK masjid pimpinan imam baru dengan orang-orang kuat calon imam tersebut. Lebih parah lagi perdebatan serta cerita-cerita yang tidak dipastikan kebenarannya pun melanda seluruh kampung tersebut. Cerita-cerita mengenai peribadi kedua-dua belah pihak juga digembar-gemburkan oleh mereka-mereka yang kononnya mengenali kedua-dua belah pihak sejak zaman dibangku sekolah lagi.

Penyokong pasukan baru mula mengorek kesalahan-kesalahan kumpulan lama. Terutamanya golongan muda yang kelihatan seperti terlalu inginkan perubahan. Mereka mendakwa penduduk kampung perlu berani membuat perubahan untuk terus berjaya.

Penyokong pasukan lama pula mempersoalkan keupayaan pasukan baru melaksanakan perubahan yang belum tentu hasil kejayaannya. Mereka juga mendakwa, pengalaman yang mereka ada selama menerajui masjid tersebut akan memastikan kesejahteraan dan keharmonian kampung. Mereka amat mengenali dan memahami keperluan serta keupayaan masyarakat kampung mereka.

Seluruh kampung berdebat. Dari peringkat budak sekolah menengah sehinggalah peringkat datuk dan nenek mereka yang tinggal dikampung itu.

PIHAK KETIGA

Muncul pula pihak ketiga. Seorang darinya adalah bekas penduduk kampung tersebut yang juga bekas AJK masjid berkenaan. Beliau yang berhijrah ke kampung sebelah kerana tidak berpuas hati cara perlantikan AJK masjid sebelum ini. Sebagai orang luar yang tidak berpihak kepada mana-mana pasukan, kita pasti tahu, dia ini akan berpihak kepada siapa.



Seorang lagi adalah bekas imam masjid berkenaan yang telah bersara lebih awal dan berhijrah ke hujung kampung yang agak jauh sedikit dari masjid berkenaan kerana mengikut anak-anaknya. Sebagai orang luar yang tidak berpihak kepada mana-mana pasukan, kita pasti tahu, dia ini akan berpihak kepada siapa.

PENGAJARAN DARI CERITA

Sebagai orang luar yang tidak berpihak kepada mana-mana pasukan, pasti banyak pengajaran dan jalan penyelesaian bagi cerita ini. Banyak pendapat yang boleh diberikan dari banyak sudut, antaranya:-

i. Dari sudut tujuan dan halatuju pemimpin itu sendiri.
ii. Harapan dan kemahuan penduduk kampung yang sebenar-sebenarnya.
iii. Kebaikan dan keburukan konflik yang melanda kepada mereka serta banyak lagi.

Jadi sebagai orang luar yang tidak berpihak kepada mana-mana pasukan, kewarasan dan pertimbangan kita lebih jelas dari mereka yang melibatkan diri dalam kumpulan-kumpulan tersebut.

Cuma satu pesan saya, saya berasal dari kampung itu. Saya tahu, orang kampung itu hanya akan mendengar kepada mereka yang “somebody” sahaja. Kalau anda sekadar orang biasa, mereka bukan sekadar tak layan anda, malah tidak mahu mendengar langsung.

Ahad, 15 Mac 2009

TUN MAHATHIR DI MATA AKU

Tun Mahathir

Tun Mahathir adalah pemimpin melayu ulung. Tun Mahathir pegangan agamanya kuat. Beliau kurang membicarakan hal-hal keagamaan kerana beliau bukan begitu mahir tentang ilmu agama tetapi tidak bererti beliau tiada ilmu agama. Pegangan agamanya begitu kuat. Beliau bersendirian semasa menjadi PM. Tiada sesiapa boleh membodek dan mengampu beliau untuk kepentingan diri sendiri. Beliau tidak mengamalkan rasuah. Beliau tidak menyalah gunakan kuasa nya. Hatta anak dan saudara-maranya juga gagal untuk mempengaruhi keputusannya. Beliau bersifat amanah.

Malangnya, pegawai-pegawai disekeliling beliau tidak sekuat beliau. Yang mencemarkan Barisan Pemerintahan beliau adalah barisan itu sendiri. Bukan beliau secara individu. Yang rasuah, yang menyalah guna kuasa adalah pegawai-pegawai yang beliau turunkan kuasa kepada mereka. Tun telah bersara, lihatlah barisan yang ditinggalkan beliau, yang sedang memerintah dewasa ini. Bacalah laman blog beliau (che det) yang beliau sendiri tegur tentang cerita rasuah parti beliau dahulu.

Sejak sebelum dari Tun bergiat politik, beliau memang dah begitu. Tetapi setelah bergiat dalam politik, beliau perlu mempunyai pasukan untuk berjaya. Beliau tidak boleh bersendirian dalam medan yang sudahpun memiliki team-team tertentu. Panjanglah ceritanya. Tetapi sesudah beliau berjaya di puncak, beliau kembali menjadi diri sendiri. Pastinya teamnya yang dahulu, yang berjuang untuk kepentingan diri merasakan beliau mengkhianati mereka. Tetapi dikalangan teamnya dahulu yang sememangnya berjuang untuk bangsa, agama dan negara merasa bangga dengan cara pemerintahan beliau yang tidak boleh dipengaruhi oleh sesiapa.

Sebagai orang nombor satu negara untuk jangkamasa yang panjang, pelbagai cerita tentang Tun. Cerita tentang Tun adalah dari kaca mata orang yang bercerita tentangnya, bukannya Tun itu sendiri. Musuh politiknya mempunyai cerita mereka. Team yang kecewa pula mempunyai cerita mereka pula. Kaki ampu, bodek, yang menumpang nama dan kesenangan mempunyai cerita mereka tersendiri. Tak kurang juga yang mengagumi dan menghormati beliau mempunyai cerita mereka juga.

Tetapi bagi saya, Tun adalah individu yang jujur pada dirinya, negaranya, bangsanya dan agamanya. Cerita tentang anak-menantunya berbeza dari cerita pemerintah sekarang. Cerita kekayaan saudara-maranya hanya tinggal cerita yang entahkan betul, entahkan tidak berbanding dengan cerita kekayaan pemerintah sekarang. Cerita tentang perubahan negara sejak hari pertama beliau menjadi PM hingga hari terakhir beliau menjadi PM, tak perlu ditanya pada sesiapa rakyat Malaysia ni, hatta Mat Saleh kat England pun boleh cerita betapa pesatnya pembangunan.

Dia adalah individu yang mahu melakukan perubahan yang telah beliau buktikan. Beliau terpaksa menumpang team-team untuk berjaya. Beliau dikelilingi oleh pegawai-pegawai kaki ampu, berkepentingan peribadi. Tetapi beliau menjadi diri sendiri dan berjaya merealisasikan impian beliau sebagai PM yang berjaya, dan terbukti beliau telah membangunkan bangsa melayu dengan pembangunan.

Tetapi, Tun Mahathir, saya cuma mengagumi Tun tetapi bukan taksub kepada Tun. Sebab Tun juga manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya berbangga memiliki PM seperti Tun, sehingga ke hari ini, hanya Tun dan Tuan Guru Nik Aziz yang membuktikan kepada saya, anda berdua sahaja, yang bergelar pemimpin, sememangnya jujur serta membuktikannya secara terang-terangan.

Selasa, 24 Februari 2009

SEBABNYA



Kita tahu asal-usul kewujudan kita dimuka bumi Allah ini. Tak kira berkulit gelap, berhidung mancung, berambut ikal dan berbangsa-bangsa. Asal-usulnya dari Nabi Adam a.s. dan Hawa. Allah menjadikan kita berbangsa-bangsa supaya kita saling kenal-mengenal antara satu sama lain. Dan kita sepatutnya sedar betapa besarnya kuasa Allah dari satu pasangan manusia menjadi berbilang bangsa.

Kita juga tahu siapakah penyebabnya Nabi Adam diturunkan di muka bumi ini.
Kita juga tahu siapakah musuh sebenar kita di atas muka bumi Allah ini. syaitan laknatullah. Makhluk inilah yang telah berjanji kepada Yang Maha Pencipta untuk menyesatkan kita.

Kita tahu Al-Quran itu kalam Allah. Al-Quran menceritakan segalanya kepada kita. Panduan atau manual untuk kita hidup di atas muka bumi Allah. Kita juga diceritakan tentang cerita-cerita lalu sebagai pengajaran. Kita juga diceritakan perkara-perkara yang bakal berlaku sehingga muka bumi Allah ini dihancurkan. Kita juga dijanjikan akan dikembalikan kepada Yang Telah Mencipta Kita Dan Sekelian Alam.

Kita tahu Rasul adalah dari kalangan manusia. Kita tahu Rasul-Rasul itu diutus kepada kita. Kita tahu kita ini umat siapa. Kita tahu dikalangan bangsa-bangsa kita, bangsa manakah paling banyak diturunkan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul. Kita tahu kenapa ianya begitu. Kita tahu bangsa apakah diatas muka bumi ini yang dilaknati oleh Yang Maha Pencipta. Yang diceritakan secara terang-terangan didalam Al-Quran. Kita tahu adanya kaum yang terpesong hingga mewujudkan apa yang kita panggil Kristian. Kita juga dibekalkan hadith-hadith dan sejarah untuk rujukan kita. Kita diceritakan tentang bangsa-bangsa dikalangan manusia pada masa itu yang berpecah belah dan jahiliah kemudian disatukan oleh Rasul dengan pegangan agama sedang bangsa-bangsa lain masih di dalam zaman gelap atau batu.

Kita tahu tugas utama kita adalah untuk menyembah Allah. Kita tahu cara-caranya dan waktu-waktunya. Selepas itu kita lakukan perkara-perkara yang kita tahu dan mampu bagi menikmati rezeki Allah mengikut kepandaian kita yang berbeza-beza agar kita menolong satu sama lain. Kita juga tahu lagi besar pangkat dan darjat kita dikalangan manusia, makin besar risiko kita setelah kembali kepada Yang Maha Pencipta dengan janji yang telah dilafaz oleh musuh sebenar kita. Dia menjadi musuh kita pun sebab enggan sujud dan dipimpin oleh makhluk bergelar manusia seperti kita.

Kalau banyak fitrah yang kita tahu, banyak perkara masa depan diberitakan kepada kita, kenapa kita masih mengagungkan barat dewasa ini? Kenapa kita mengiktiraf kesesatan mereka sebagai kemajuan dan ketamadunan? Kenapa kita merasa mereka begitu “high class”. Kenapa kita merasa Islam sebagai ketinggalan zaman? Kenapa mengenepikan “Allah’s Law”. Kenapa masih ada antara kita lebih sanggup berjiran dengan Yahudi dari berjiran dengan Hamas? Adakah selama ini kita juga turut tersesat? Kenapa kita kufur sedangkan kita tahu dari mana asal kita dan kemana akhirnya kita? Sebabnya....... kita tahu tetapi kita tidak sedar.........

Rabu, 18 Februari 2009

RENUNGAN


Pesanan Terakhir Rasulullah S.A.W (Isi Khutbah terakhir rasulullah SAW)
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada
hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Isnin, 16 Februari 2009

Oh Negaraku Yang Tercinta

Negaraku yang tercinta. Sejak aku celik mata dan sedar akan kehidupanku di atas muka bumi Allah yang bernama Malaysia ini, Aku hanya sempat merasa kepimpinan Tun Mahathir, Datuk Seri Abdullah dan kalau panjang umur dan diizin Allah munkin pula Datuk Seri Najib.
Dulu aku dengar cerita Wawasan 2020. Aku pun tak pasti sangat apa kebenda yang PM masa tu rancang sebenarnya. Tapi sekarang aku menikmatinya. Aku menaip posts ini kat noodles station. Berhawa dingin, minum teh tarik. Internet free. Letrik free. Aku kesini naik lrt je, mudah dan tak jem (mudah pakai drebar gaji murah ni. Aku bayar RM 1.20 je.) Sekarang aku faham apa matlamat wawasan 2020 tu. Aku pasti, pasti ada specs untuk diiktiraf sebagai negara maju.... Cuma aku tertanya juga, kita ni dah capai specs ker? Dah diiktiraf negara maju ke? Sebab dah lama tak dengar dan tengok menteri-menteri buat magik untuk kebaikan rakyat. Contohnya seperti kewujudan Putrajaya, KLCC,Monorel, Cyberjaya walau pun tak berjaya sangat tapi orang kolumpo dapat pakai internet free bro disebabkan MSC.
Kalau stakat magic lompat-lompat parti, tukar gomen, ada la. Tp bg aku secara peribadi la, itu bukan magic. Itu gila kuasa namanya. Tak ada effect apapun kat aku ni. Dia orang la yang syok sebab menang dan dapat kuasa. Yang kalah merana la. Aku cam aku juga la.
Putrajaya yang gah tu, sepatutnya diselenggara dengan baik, boleh ler kontraktor cari makan. Kan baik untuk ekonomi tu. Putrajaya tu kalau tak jaga dengan baik cepat rosak tu. Orang yang kerja dan berurusan selalu di Putrajaya tahu la maksud aku ni.
Dunia dilanda masalah ekonomi. Malaysia ditambah dengan krisis politik dalaman. Aku bersembang dengan seorang kawan yang baru habis AGM Masjid kat tempat dia. Sekali lagi aku terkejut dan terasa terasing berada dalam bangsaku sendiri. Yang ada diminda aku, masjid tempat beribadah. Masjid tempat komuniti merancang hal-hal kebaikan untuk komuniti setempat. Untuk semua ahli qariah. Masjid rumah Allah. Betul rupanya cerita orang. Ada dua parti berebut pentadbiran masjid. Malu kat tok sami Batu Caves. Tak pernah dengar rebut kuasa pun. Inilah dia, kesan bila kita meletakkan bangsa atau parti politik ditempat pertama, agama ditempat kedua.
Aku jumpa ramai jenis manusia. Kebetulan aku pernah berkhidmat untuk TUDM selama 15 tahun dan pernah berkhidmat sampai Sabah dan Sarawak. Mula-mula pergi masjid niat dia ikhlas nak berjemaah. Bila dah familiar nak jadi AJK masjid pulak. (Kena faham, nak jadi dan kena lantik berbeza) Bila nawaitu tu dah lari, inilah hasilnya. Kita ni dalam sembahyang pun, walaupun sembah Allah dalam masa yang sama berfikir benda-benda lain, itu pun dah tak diterima Allah. Sebenarnya dia menyembah perkara lain bukan Allah. Begitulah juga dalam perbuatan dan pekerjaan kita seharian. Bila nawaitu dan seiringan dengan perkara lain, atau lebih teruk lagi kalau nawaitu dah bertukar untuk menunjuk pandai atau mencari kepentingan, maka benarlah kata Allah, hilanglah niat yang ikhlas tadi, yang tinggal perjuangan untuk menunjuk pandai dan mencari kepentingan.
Aku berdoa agar aku tidak tergolong ke dalam mereka yang begitu. Dan aku berdoa agar masyarakatku cepat bangun dari khayalan mereka. Aku dapat email hari ini kelahiran bayi bermata satu di Israel. Walau apa pun, think positif, pintu taubat masih terbuka.....